Monday, October 19, 2009

Resepi Kek Usaha Kejayaan~ XDD

Bahan-bahannya;

250 gm Daya usaha

100 gm Kesabaran

100 gm Keimanan

190 gm Keinsafan

150 gm Pengorbanan

150 gm Campuran akhlak mulia
( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )

8 sudu the rasa tanggungjawab

200 gm senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

p/s : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

Semangat9!!!xmoh la lagi sedih2..buang masa!! Jangan pndang blakang pandang ke hadapan!yupe,tu yang btol,ap yang kita dapat bila sedih??get up n build new life..ermm.lupakan apa yang dah lepas..jadi manusia yang senang menerima hakikat+cekal+tabah menghadapi ujian-Nya.. Sesungguhnya apa yang berlaku adlah khndak DIA.. Smoga, segala urusan akan datang akan jd lebih mudah..AMINNN~ (bagi yang melayan ku ketika daku kurang sihat mentalnya,lempang aq kuat2!sampai aq sdar..haha.maaf yang amat jika bnyk mnyusahkan.hopefully,kau mmbacanya..XD)



No comments: