Monday, November 16, 2009

iman?

Iman


Aku mencari iman ku yang pudar

Dimana nak kucari?

Di lubuk hatikku?

Di dalam jiwa raga ku?

Di celah kekesalanku?


Aku mencari iman ku yg pudar

Kemana pergi takwaku ?

kemana pergi shahadahku?

Kemana pergi tempat sujudku....?

Aku mencari imanku yang pudar

Takwaku di hujung penantian

Sujudku di genting harapan

Tahajudku di akhir garisan

Shahadahku apa kesudahan???


Aku mencari imanku yang pudar

Kepada siapa nak kuadukan

Kepada siapa nak kuluahkan

Kepada siapa nak kusampaikan...


Aku mencari imanku yang pudar

Hidayahku silih berganti

Saban waktu, setiap minit jantungku berdegup

Adakah aku sedar

Tuhan sayangkan aku

Tuhan cintakan aku

Tuhan kasihkan aku


Aku mencari imanku yang pudar

Ya Rahman....menyampaikan pesan

Ya Rahim...mengirimkan hidayah

Adakah aku sedar?

Adakah aku biarkan ia belalu pergi?

Mengapa aku begini?

Ya Allah,


Kaulah Penciptaku

Kaulah Penentu Hidupkku

Ku pohon PadaMU

Jangan KAU sisihkan aku

Aku berlindung berkat kasih sayang MU


Nukilan: mimiey { 406 } (pelajar KISAS)

2 comments:

ZihNuN FaTiN said...

iman ada turun dan naiknya...

tp jgn biarkan ia terus hilang dari dalam diri kita..

bersyukurlah bg sesiapa yg diberi 'hint' oleh Allah tika imannya tengah menurun...

Allah kasihkan setiap hambanya kecuali bg manusia yg mensyirik dan menyengutukannya..

Moga kita sentiasa di bawah payung rahmatnya..

Aamin..=)

wani said...

AMIN!!!!


=)