Thursday, November 12, 2009

Thanks~

''Assalamualaikum.

Hmmm...ni betul-betul bagus ni! Awal2 dah prepare azam untuk 2010. Semoga azam tu dapat dilaksanakan dengan baik. Perkara yang baik, kalau disertai azam yang kuat, insyaallah tuhan bantu.

Cumanya dalam hal bercinta, itu fitrah setiap manusia. Semua tak boleh lari dari memiliki perasaan tu. Bezanya, ada manusia yang dapat mengawalnya dengan baik dan ada pula yang berekspresi pelbagai dalam melayani fitrah dan naluri tu.

Rata-rata ramai yang akan mengambil jalan mudah, iaitu melayani fitrah tersebut. Maka lazimnya hal yang akan berlaku ialah wujudnya couple (kapel :D). Ini kerana ia lebih "menyeronokkan" dan "mengasyikkan" berbanding dengan menyerahkan perasaan tersebut kepada ALLAH.

Namun kesan akibatnya nyata jelas. Yang berkapel, sering menjadi mangsa sebelah pihak. Lazimnya perempuan!

Manakala yang menyerahkan cintanya kepada Allah, selalunya akan bertemu cinta sejati. Kenapa hek? Sebab Allah lah yang hadirkan cinta dalam diri kita. Bahkan Allah maha tahu siapakah PILIHAN terbaik dalam RAHSIA Allah. Kita sebenarnya kena mohon agar lamunan cinta kita pada seseorang tidak menelan kewarasan hati dan ketajaman akal. Sebab tu orang yang bercinta tak nampak dunia lain melainkan yang indah saja. Peliknya bila dah terhantuk, baru tergadah... Rata-rata macam tu.

Tak apa Wani, kalau kita nak jodoh yang baik, Allah dah janji Dia akan bagi. Syaratnya, kita kena tunjukkan pada Allah kesungguhan kita padaNya. Macam Wani mintak duit kat mak, selagi tak bersungguh mak pedulik hapa...tak gitu?!

Saya doakan Allah permudahkan urusan Wani dan keluarga, dilindungi Allah dari segala fitnah dan diberikan jodoh yang terbaik disisi Allah.

Wassalam

November 11, 2009 7:56 PM''


Pergh..serius..terharu yang amat...mana prnah org cakap mcm ni kat aq. Even kawan pon xpernah taw..ustaz ni bagi aq dkt comment dlm post 'again?'..thanks krana mengingatkan ku ust..termotivasi sikit diri ni..smangat! akan merealisasikan azam ku.. InsyaAllah..malu gak ust baca n3 ni.lalala.. Thank you so much.. >.<

2 comments:

saya_arief said...

waaa...suda ade azam 2010...bagos..

wani said...

lalala..hidup kne ada matlamat..towl x?hehe..slamat2..
>.<