Friday, July 9, 2010

imbas kembali

''Assalamualaikum.

Hmmm...ni betul-betul bagus ni! Awal2 dah prepare azam untuk 2010. Semoga azam tu dapat dilaksanakan dengan baik. Perkara yang baik, kalau disertai azam yang kuat, insyaallah tuhan bantu.

Cumanya dalam hal bercinta, itu fitrah setiap manusia. Semua tak boleh lari dari memiliki perasaan tu. Bezanya, ada manusia yang dapat mengawalnya dengan baik dan ada pula yang berekspresi pelbagai dalam melayani fitrah dan naluri tu.

Rata-rata ramai yang akan mengambil jalan mudah, iaitu melayani fitrah tersebut. Maka lazimnya hal yang akan berlaku ialah wujudnya couple (kapel :D). Ini kerana ia lebih "menyeronokkan" dan "mengasyikkan" berbanding dengan menyerahkan perasaan tersebut kepada ALLAH.

Namun kesan akibatnya nyata jelas. Yang berkapel, sering menjadi mangsa sebelah pihak. Lazimnya perempuan!

Manakala yang menyerahkan cintanya kepada Allah, selalunya akan bertemu cinta sejati. Kenapa hek? Sebab Allah lah yang hadirkan cinta dalam diri kita. Bahkan Allah maha tahu siapakah PILIHAN terbaik dalam RAHSIA Allah. Kita sebenarnya kena mohon agar lamunan cinta kita pada seseorang tidak menelan kewarasan hati dan ketajaman akal. Sebab tu orang yang bercinta tak nampak dunia lain melainkan yang indah saja. Peliknya bila dah terhantuk, baru tergadah... Rata-rata macam tu.

Tak apa Wani, kalau kita nak jodoh yang baik, Allah dah janji Dia akan bagi. Syaratnya, kita kena tunjukkan pada Allah kesungguhan kita padaNya. Macam Wani mintak duit kat mak, selagi tak bersungguh mak pedulik hapa...tak gitu?!

Saya doakan Allah permudahkan urusan Wani dan keluarga, dilindungi Allah dari segala fitnah dan diberikan jodoh yang terbaik disisi Allah.

Wassalam November 11, 2009 7:56 PM''


ok.salam~ ada la sorang ustaz tu bagi aku benda ni kan last year.time aku last couple dengan si dia tu.rasa macam terkesan dan rasa mcm sedih sangat sekarang ni. x taw pahal.ya Allah.bantulah hambamu yang hina ini. T_____T
(awak, esok kita x jadi pergi ABJZ.)owh yes, dan stakat ni, kita x de pakwe.i mean, aku da capai apa yang aku nak.aku da x couple2 da.da lama da tinggal.benda tu dosa.da taw dosa, knapa nak uji lagi.saje je nak buat Dia tu marah ke?biar la x dapat cinta manusia.asalkan dapat CINTA DIA.sumpah, dulu aku buta kot.sangat buta.xnampak apa da jadi.Alhamdulillah, Dia nak lagi ketuk pintu hati ni untuk terbuka hati trima balik apa itu agama ku~. *wink*

Nak tanya jugak, kita Islam, tapi brapa ramai yang jaga solat betul-betul?
Kita Islam, tapi brapa ramai jugak yang jaga ikhtilat?
Kita Islam, tapi knapa kalau ada pembuangan bayi, kaitkan dengan kita?
(Kita=Melayu=Islam???!)
Hukum hudud pon ada, tapi knapa kita masih brani lakukan pkara yang da jelas terang lagi bersuluh tu kan?
Tanya la diri sendiri.untuk aku jugak benda tu.at least, yang paling penting, pokoknya, SOLAT FARDHU 5 WAKTU tu yang paling penting.kalau kita buat dengan ikhlas, bersungguh-sungguh, rasanya, xde la kot kejahatan yang kita lakukan.kita paham apa yang kita baca dalam solat, makna al-Fatihah, huahuahu (naa, now who's talkin' huh?)

wallahualam~salam.

No comments: