Saturday, August 20, 2011

Change for GOOD is ain't a crime :)

Aku terasa sangatlah tidak adil kalau aku tak kongsi benda yang baik dengan sesiapa yang baca blog ni. :) Tak. Aku tak cakap yang aku dah berubah upside down, inside and out, rotate 540'. Sungguh tak. Life yang masih macam biasa. Life yang penuh dengan kesibukan bagi menuntun tuntutan dunia? :) "May Allah bless." Terasa seperti semua perkara yang aku buat untuk beberapa minggu ni dipermudahkan. Sungguh. Alhamdulillah. 

Hari tu, (Rabu) balik sekolah je, terus pergi Popular. Sebab akak Popular tu dah call cakap buku yang aku nak dah sampai. Orang kata, Nak Seribu Daya, Tak Nak Takpe. Dengan kudrat yang ada, ajaklah family pergi kejap mall. Punya tahan rasa nak baca sebab esoknya (Khamis) ada pra-trial for sejarah. At last, Khamis malam baru mula baca novel tu. "Contengan Jalanan-Hlovate" Dah ada tujuh novel karya Hlovate sebab dah terlalu addict. Bukan nak cerita pasal tu sekarang. 

Sekarang aku terasa Hlovate dah berevolusi daripada tulis novel genre love kepada dakwah islamiah? Sungguh aku tak tipu. Cerita yang aku rasa aku boleh mengalirkan air mata untuk kali ke 100 walaupun baca sebanyak 100 kali. Dalam novel 'contengan jalanan' tu, ada nama kau Amalia. So sepanjang aku baca cerita tu, muka yang aku terbayang, cuma kau dan sorang kawan aku. Kawan yang aku ambil keputusan untuk tak contact dia lagi sebab dia pon dah berevolusi ke arah yang 'aku nak cari jalan untuk tuju pada Dia. Aku nak cari apa tu maksud life. Aku nak cari something yang kosong selama ni.' Aku pon tak taw kenapa muka kau muncul masa baca novel tu lah Lia. Mungkin ada nama kau. Mungkin. Tapi, lepas aku baca novel tu kan, aku tidur malam tu pon aku boleh TERmimpikan kau. Petanda apa tu eh? Erk? Tapi aku cool lagi. 

Tapi, masa solat hajat semalam, orang yang memang aku nak cari pagi-pagi tu adalah kau. Dan kebetulan, aku jumpa kau. Susah rasanya kalau solat hajat kat sekolah aku boleh ngalir. Tapi, masa baca yasin tu pon aku dah mengalir. Again, petanda apa tu eh? Sumpah, perasaan hiba pagi-pagi tu bukan dibuat-buat. Aku rasa macam nak peluk kau je masa tu pastu nangis. Nak kata aku terbawak-bawak cerita dalam novel tu? Pon bukan sebab aku rasa sangat hiba hari semalam. Ayat yang paling aku ingat lah dalam novel tu, "The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th." Kalau orang kata nak buang tatu kat badan tu sakit, buang tatu dosa kat hati lagi perit rasanya. Aku terasa macam bila hidup 'susah', penuh dugaan, baru kita ngadap DIA untuk mintak pertolongan. Baru nak ingat DIA sebab dah tak taw nak turn kat sapa. Rasa macam ayat "Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu (2:45) " baru nak lekat dalam hati sebab dah tak taw nak ngadu kat sape. Setuju? Apa perasaan kau kalau orang yang selalu di samping kau, orang yang layan je kau buat sesuatu yang minat sebab sama interest, orang yang paling kau sayang, orang yang paling kau rasa 'kalau dia mati, aku pon nak mati sama' tu tak alih-alih tinggalkan kau? Untuk selama-lamanya? Tapi sebelum dia pergi,, dia sempat sedarkan sesuatu pada kau dan sempat dia turn to HIM yang selama ni dia dan kau tinggalkan. Katakanlah dialog ni kau pernah ucapkan dengan dia.

"Aku teringin nak masuk syurga lah"
"Siapa yang tak nak?"
"Kalau kau masuk dulu, tarik aku sama?"
"Jom ambil air sembahyang."

Bayangkan kalau benda tu kita teringat time dia dah pergi? Tak ke rasa terkilan tapi tenang kot rasanya sebab kita taw dia 'pergi' time dia dah taubat, dia 'pergi' time dia dah mintak maaf dengan semua orang. Kita? Macam mana pulak eh? Sumpah aku tak taw kenapa aku nak cerita benda ni dengan kau. Sumpah aku tak taw. Sungguh aku tak taw. Kalau ditanya kenapa aku cerita ni kat kau masa tu aku akan senyum je kot.


*this post dedicate to Amalia Talib :) 
Jangan timbulkan hal ni kat sekolah. 
Aku bukanlah baik sangat 
dan bukan lah dalam golongan orang-orang yang 'alim'
tapi aku still taw mana baik dan buruk.
Apa itu pahala dan dosa. 
May God Bless :)
-salam-