Saturday, May 17, 2014

Pengajaran

Assalamualaikum.

Sungguh lah bila nak luahkan je sure tak boleh. Banyak kali dah tutup buka post ni sebab nak sambung cerita. Tapi tak pernah berjaya menghabiskan. Mengadu ke ni? Terpulang pada yang membaca nak judge macam mana. Dah besar rasanya. Mana-mana content yang tak faham, sila jangan assume. Tanya. Dapatkan jawapan dari yang menulis ni.

Nak cakap ni. Dalam dunia ni kan, Allah uji setiap ciptaan Dia tu pelbagai cara. Alhamdulillah aku ada masalah dalam belajar (major). Sekurang kurangnya boleh lagi diperbaiki. Dan lain-lain tu yang kecik-kecik biasalah. Semua orang pon sama. Ada yang masalah major dia kawan, ada yang family dan pelbagai lagi lah. Ada lebih, ada kurang. Mana mana yang rasa takde kurang, lagi hebat aku rasa ujian dia. Allah tengah uji nikmat kot kat dia. Orang hebat je boleh terima. Kalau aku terima ujian mcm tu, jujur memang kufur nikmat dah lama.

Nak cakap lagi, terkadang aku ni banyak ranting kat Twitter sebab situ member aku semua ada. Mostly kot aku RT, Quote balik, semua berbalik balik pada aku. Pernah baca kan kalau terasa tu macam amboi terasa hati aku. Padan muka kau Wani. Haaa. Macam tu. Allah nak tegur tu pelbagai cara. Allah nak pujuk hati yang berduka pon pelbagai cara. Pernah tak kau dok mengumpat mencarut dalam diri sensorang sekali bukak bukak Twitter ke IG ke FB ke sentap dengan memana post orang. Haha. Tahniah lah kerana terpilih. Macam tu jugak kalau hati tengah sedih ragu ragu down gaduh dengan memana kawan ke atau apa apa jua pon masalah, try cari ketenangan. Caranya, tak susah lah kau amik wudu' try bukak quran random. Baca. Lepas baca, try tgk maksud dia. Kalau terpujuk, tahniah kerana terpilih. Tapi jangan time sedih je. Time happy jangan lupa quran.

Motif tulis post ni? Saja. Sebab hati tengah rasa sedih dengan keadaan sekeliling. Saja nak rant kat sini sebab macam berhabuk sana sini dah blog ni aku tengok.

Sekian, selamat malam! Tidur baca doa le jangan lupa. Tepuk bantal tiga kali baring pastu cakap dalam hati semoga hati ni maafkan semua orang yang buat salah kat aku hari ni dan doa semoga dipermudahkan bangun subuh dengan bergaya jangan buat pekak pulak time azan nanti. Kot ada masa tak boleh tido, baca tiga qul, ayat kursi. Moga Allah merahmati kalian! :)

(Post ni banyak nak cakap kat diri sendiri sebenarnya. Mana mana yang terasa hati mahupun ada kemusykilan, silalah ringankan tangan untuk menaip ya!)

Tuesday, February 12, 2013

HappyBirthdayToMe

Alhamdulillah dapat hidup selama 19 tahun dah. May Allah bless us. AMIN :') Sedih tak tahan nak nangis. Sebab entah. Tahun ni semua orang yang penting ada yang tak wish. Rasa macam nak merajuk lama-lama. Sebulan 2 Bulan 3 Bulan Setahun. Kalau nak ditanya apa perkara yang paling kau sedih and sakit hati and terkilan? Orang yang aku rapat tak wish aku. Langsung. T_____________T Sabarlah hati. Jom pujuk hati. Makan cokelat yok. Bye!

Saturday, October 20, 2012

KAMI


KAMI :) Rindu kot kat dorang ni. 
Feel like missing them big time.
SO MUCH :'(
Masing-masing belajar luar negara dah.
Dalam pic ni, dah dua orang fly.
Ke Mesir. Buat medic.
Aku? I'Allah, dua tahun lagi. :D
Lagi dua, akan ku angkut one day ke umrah kot?
Sama-sama holiday kat sana.
Cita-cita? YUP.
Kumpul duit dan doa sama-sama.
Moga dipermudahkan. #amin.