Thursday, December 30, 2010

naik sekolah?

sumpah aku tade mood untuk ke sekolah pada hari isnin ni. kehidupan sebagai seorang pelajar akan dirasa dalam masa setahun je lagi. I'Allah. kalau diizinkan oleh DIA. Kalau umur masih panjang. Lama gila tak meng'post' kat blog ni. haha. tade masa lah. Cuti ni busy sangat. mcm-mcm keje nak kene buat. xD makan, tidur, tengok tv, main lappy, tgk movie, holiday, hangout dengan kawa. kan? tengok, nak buat 'HOMEWORK' pon tade masa. HAHA alasan yang kukuh bukan? ^^ i lioke it. haha. 

sebenarnya hati nak meraong-raong nak nangis sebab hw tak buat lagi. c'mon~. cuti untuk rehat dan bukan untuk menyiapkan kerja sekolaaah. TOLONG lah! T________T  nak tak nak malam ni kene bertungkus-lumus kene siapkan jugak. kalau tak, memang mati hidup balik, mati balik, hidup balik. tak percaya? tgk je lah nanti naik sekolah. dan bila naik sekolah, movie terminate, internet terminate. dan phone? telah disekat dengan serta mertanya T-T sungguh lah sadih bukan? itu lah life. and kalau kau baca lah bang post ni, i need you so badly untuk support aku dan encourage aku untuk study. dan untuk kau jugak apiz! aku tujukan post ni untuk kau. 

END

Friday, December 3, 2010

i'm done -.-

first of all, i wanna thank to all the follwers and sesiapa saje yang baca blog ni. *jujur, diri empunya blog tak sangka pon boleh ada ramai follower sampai mcm ni sekali. Seriously. Tak berniat nak amik taw pon sape yang follow or memfollow balik blog you guys. sebab sekarang diri empunya blog tidak begitu rajin untuk mem'blog walking' dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk membuang masa menghadap laptopnya.
*ahaks*
TERIMAS! 
^_^

*************************************

mood->unstable.
rasa sedih gila
hesssh.
rasa nak nangis sebab terfikir dunia sangat tak adil?
entah bila blog ni nak rasa bahagia dengan cerita yang happy?
one day.
^-^
asal lagi ni doe?
aku terasa yang diri ni dah tak diperlukan oleh dia lagi.
mana kau tahu?
firasat dan tingkah lakunya?
yakin weh?
yup.
T-T
tak nak pikir bukan-bukan tapi dah jelas sangat.
dia dah tak macam dulu.
kau pon wani. dah tak macam dulu.
masing-masing membesar my dear, pemikiran pon semakin matang.
so, apa nak buat ni?
back off and see what will happen?
hati sakit sape nak ubat? 
hati sedih sape nak pujuk?
diri-sendiri kan ada?
sabar okay!
i will.kenapalah susah sangat nak spill dengan orang kau ni wani.
simpan je sagala-galanya sorang-sorang.
sebab aku takut. TAKUT kalau orang tu tak boleh percaya.
kawan ramai tak semua boleh kita spill.
itu aku.
susah nak percaya dengan manusia?
itu aku.
tabah! kau still ada DIA.
kau still ada family.
END.

Wednesday, November 24, 2010

yosh!

sey yoh!
YOHHHH!
hahahaha.
kejam ke aku?
jahat ke aku?
kau memang jahat lah wani.
ngaku jeee.
fine bebeh!
seJAHAT-JAHAT aku, aku pakai tudung.
tak free hair macam kau.
seJAHAT-JAHAT aku,
sembahyang aku cukup.
seJAHAT-JAHAT mulut aku,
aku tak KUTUK  belakang.
seJAHAT-JAHAT aku, 
yoooooosh!
sabar je kot wani.
sejak bila 'wani' tak boleh bawak bergurau ni?
sejak bila 'wani' berubah?
sejak masa tu. 
merepek! HAHA
end.


well, dalam hidup ni kita janganlah jadi jahat sangat.
mana ada aku jahat?
kau sakitkan hati kawan tu tak jahat ke namanya?
hahaha. dah la tuh wani. kau jugak yang cakap,
"daripada kau menyaiko orang, baik jaga diri sendiri"
sure. tapi dia yang mula dulu?!
hahaha. tak salah maafkan je salah orang tu baby.
calm down.

Monday, November 22, 2010

sedih la seyh!

nak cari sape ni?
hahahaha.
abang kau SPM wani.
tak kan nak kacau dia jugak?
Mana boleh aku spill benda besar dengan orang sesuka hati?
dengan amir je aku berani.
Dia SPM wani...
berapa kali nak kene cakap ni?
100000 kali boleh?
HAHA
kau buat lawak lah syal.
syal?sial?
cantiknya bahasaaaa.
well.
T-T
simpan je kot sensorang.
makan dalam nanti weh!
biar makan dalam daripada sakitkan hati orang yang kita sayang?
biar makan dalam daripada sedihkan hati insan yang bergelar sahabat?
woooooooooh.
hebat kau berbahasa malam ni?
well, you know me. xD
end.

Friday, November 19, 2010

tade mood!

apa yang kau dah buat lah wani?
huh?
????????????
pikir pakai otak bukan pakai kepala lutut!
marah diri sendiri?
ada lah 90%.
lagi 10%?
marah amir dengan ida.
huh?
tengok lah diri masing-masing!
aku dah tak taw nak cakap apa.
depresssssssssss sangat.
pagi tadi tak larat nak bangun sebab malam tadi la.
hal dorang. T-T
kenapa kene pikir?
bukan hal kau!
dorang akak and abang aku.
sejak bila eh?
sejak aku panggil dorang akak and abang.
again.
aku tak kisah je kalau nak dengar dari dua-dua belah pihak.
sumpah aku tak kisah.
masalahnya, aku pon macam tak paham.
hesh!
yang penting lah babe,
never spill this to anybody.
yakin?
I'Allah. I won't.
akan menjadi new wani eh?
yup!
manusia yang susah nak percayakan orang dan tak kan spill apa-apa dengan sesiapa pon.
deal.
case closed.
end.

Monday, November 15, 2010

thanks to him a lot.

masa kejap gila.
sangat kejap.
tak terasa pon dah setahun.
setahun akan datang sure aku punya masa pulak untuk memperjuangkan apa yang telah dipelajari?
untuk masa akan datang?
sue me.
babe,aku nak cakap something ni.
donno wethe kau baca or tak post ni.
tapi yang penting, aku nak cakap 
TERIMA KASIH berbanyaknya pada anda.
sebab?

dah banyak tolong aku?
sangat banyak la bang.

kau lah yang menaikkan semangat aku pada waktu aku tak dapat 8A masa PMR.
aku rasa kalau kau tade masa tu, 
entah dah jadi apa la sekarang aku ni.
seriously.
"Motivasi pakai otak bukan hati. Paham?"
"Nak kata bodoh, pandai dapat 6A.bukan tade A langsong."
wooohh.
sangat pedas.terpukul dengan kata-katanya.
grrr.
end.


*May you follow your dreams and always believe in yourself.
Keep your eyes on the stars and hope in your heart.
g'night sayang! 
May God bless you and study smart.
One week to go dear!
Hwaiting!

Friday, November 12, 2010

now what?

esh. salam~
uhuh?
now what?
mana pergi semua mood kau la.
c'monn.
apa dah jadi ni?
sesungguhnya, aku tidak sukakan akhir tahun.
are you kidding me wani?
nope.
seriously, i don't like it.
asal pulak ni weh?
sebab ada sebab?


nostalgila?
dah setahun huh?


*sigh*
sedih gila la sekarang.
need h** to cheer me up.
tapi dia dah tade untuk aku?
HAHA
T____T
end.

Wednesday, November 10, 2010

part 1 [bosan]

Tempat, kedai makan. Keadaan yang hampir dengan final exam dan perlu membawa buku ke mana-mana sahaja. Walaupun sedang ber'date'.

"You, free?"
"Uhuh? Okok lah. Ada apa?" mengerutkan sedikit muka sebab dah kelam apa yang dibacanya.
"Can I ask you something?"
"Obviously, you just did it my dear." menutup buku dan merenung gadis dihadapannya.
"Heh. Fine. Apa cerita ex you yang you sayang sangat tu eh?" straight sangat ke aku tanya ni. Like i care, yang penting sampai terus apa yang aku nak tanya.
"Err. Yang mana ni?" why now la baby? kan dah nak final exam...c'mon laa.
"Jangan lah buat-buat tak ingat pulak. You ni laa."
"Kenapa you nak taw? Jelous eh." senyum jahat dah muncul.
"You wish." ketawa terpaksa dipaksa buat.
"Lain macam je bunyi? Haha. She's doing fine. Alhamdulillah."
"so, you masih contact dia la ni?"suara yang semakin cuak.
"Why i can sense a jelous voice eh? ni kenapa mcm ada hard conversation between us? Kenapa ni?" tangan dah tarik gadis dihadapannya supaya duduk di sebelahnya.
Senyap.
Sepi.
Sunyi sambil memandang keadaan sekeliling.
"Are you ok honey?"
"I? ok je. Nampak macam tak sihat ke?"
Matanya sudah merenung dalam mata perempuan yang berada disebelahnya dan serta merta memeluknya dengan erat dan berkata,
"I know so much that you are not ok."
"Tell me something that i don't know la Arif."
"Kan dah agak. Mesti ada benda yang tak kene ni. Kalau tak, tak kan keluar soalan macam tu sekali."
Senyap.
"Enough. Drop the subject. I stress la dear. Cheer me up?" memberi senyuman yang boleh membuatkan ramai hati wanita cair macam lilin.
"Emmm? You hantar I balik?"
"Kenapa ni? Look at me." 
Speecless. Entah kenapa malam ni lebih banyak diam dan tidak seperti selalu kalau lepak dengan dia ni.
"Cuba bagi taw I kenapa you jadi macam ni? Dia ganggu you eh?"
Diam lagi dan lagi dan lagi. tanpa sedari, bening air matanya sudah mengalir.
Now what la Syafi? Huh.
"Jom, kita balik."
Bangun dan mengemas tapi dihalang oleh Arif yang terlebih dahulu tangannya pantas mengemas barang-barangnya.



*bersambung? HAHA aku boring gila!

Monday, November 8, 2010

messy!

Now what dear?
Owhhh man.
Please!
Give back my happiness.
T____T
Coolio kan?
Dia suruh jaga you guys mcm korang abang and kakak aku sendiri.
Sungguh la aku tak kisah.
Langsung langsung.
Tapi tolong laaaa.
Aku dah tak taw nak cakap apa lagi dengan korang ni taw tak.
"Take good care of him Oke dek.."
"Make sure dia always on track..jangan bagi dia trsasar.always remind her bout her future,her study and everything.my wasiat kat kau =p"
lol. Nampak macam benda simple.
But my heart's crying!
Balik laaaa macam dulu korang~~
May God bless you both.



*naa, now wani's talking.
sungguh aku tak kisah kau nak baca ke hape.
tapi tolong jangan nak kecoh-kecoh tanya aku 
apa yang dah jadi kalau jumpa face to face.
For you kak Ida kalau akak baca entri ni, 
wani nak cakap yang amir still sayang akak?
and for you la bang, i'll jalankan your wasiat. =')




Tuesday, November 2, 2010

bersabarlah hati

??
rilex sudah wani.
tabah.
???????


just enough ok.
wani dah penat.
sangat penat.

T________T

Friday, October 29, 2010

selamat hari jadi!

happy birthday to you la my dear. blog! da setahun tau umur dia. *winkwink* tadi menghabiskan masa membaca segala isi yang terkandung dalam blog ni. dari zaman kejatuhan, bangun, terduduk, tersungkur, masa zaman kegemilangan. adeh. teman dalam kesedihan, kesukaan, ke'malu'an, kemarahan. segala-galanya di sini. tade tempat lain. tempat untuk mengadu, tempat mencurahkan segala-galanya. teman yang tidak pernah menjudge aku even masa tu, aku berada dalam pihak yang salah. dia tidak seperti mereka yang suka membuat andaian pada aku. menjudge aku pada first impression. aku TIDAK suka. yaaaaaaa. life! get a life! breath! bernafas selagi ada nyawa. bersyukur cepat wani! alhamdulillah~ (heaven! love you dear!=my blog!) *winkwink*





*untuk anda yang tidak suka pada 'belog' saya.
tolong bla dari sini.
tak payah nak menyebok.
aku tak pernah jemput kau.
ni je cara paling sesuai untuk 'menghalau' anda.
dengan cara baik tak nak jalan.
guna cara kasar.
that's it! 

Saturday, October 9, 2010

uhuh?

Apakah? Aku x taw kenapa Kak Ida tu benci sangat dengan kau bang. Yang kau pon sama dengan je dengan dia. Satu kepala ferum, satu kepala diamond. Macam mana nak damai? Api lawan api, sape nak kalah? Sape nak menang? Hailaaa bang, akak, x paham aku. Sorang cakap lain, sorang lagi cakap lain. Mana satu yang betul? Aku yang dengar ni pon macam apa je. Malam hari tu, Kak Ida call da la kene dengar dia membebel. Naaa, aku x kisah pon rasanya. Malam tadi abang call, kene dengar dia membebel jugak. Bagui le tuh, dua-dua membebel dengan aku. Hahahaha. Kelakar pon ada rasanya, sebab macam apa je korang ni.


*moga cepat-cepat la korang berdamai. AMIN~

Thursday, October 7, 2010

hell? HAHA

ouh huh?! HAHA ketawa la puas-puas. aku x kisah pon rasanya. suka hati kau la pu**mak! die? aku doakan. aku x mula dulu la kalau kau yang x mulakan.!

Monday, October 4, 2010

my life?

haha. gumbira huh? thanks to HIM. Dia da kurniakan one.big.family. untuk kau la wani.*winkwink* HAHA first of all, i wanna congtrz pada team yang wakil M'sia untuk competition F1?ouh, xtaw pon apa yang telah terjadi. SDAR's boys yang pergi. Ralucaf1? heh.wtv laa~ Happy untuk mereka. =) then, shotmix aku da buang. So,kiranya blog ni hanya untuk aku SAHAJA. harap maklum. Nak baca?silakan.but, don't judge me huh. orang yang kenal aku selama 16 tahun je baru boleh judge aku.ada masalah?

messy?! itu la yang terjadi sekarang ni taw x. sakit kepala! dan telah membuat keputusan untuk tinggal di kampung sampai habis final exam. maknanya sampai habis sekolah la.. bila di kampung, xde masalah nak ke sekolah rasanya sebab Cik Ling pon sekolah TIGS jugak. so, hidup boleh control la sikit kot. ada apaapa contact phone ya kawankawan.hanya 'abang', fairus dan atin je yang aku bagi taw pakai mulut sendiri.yang lain pakai blog. =) boleh je kan?

told 'ya, i love u all ouh! HAHA. <--angau overboard? *ngeeng*

abang! i love u ouh! <3 like heaven? HAHA u tooo Kak Ida! 

Friday, September 17, 2010

akak!

tolong wani kak..
T____T
wani tak sanggup da rasanya.
manusia.
janji manusia.
easy to make and easy to break?
YOUR PROMISE.
yang berjanji x akan melupakan segala-galanya.
manusia.
siapa boleh ngaku yang dia x pernah lupa janji dia?
tabah ouh!
 what goes around comes around!

Tuesday, September 7, 2010

To all followers and my friends~

awak, saya nak minta maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah cakap, termengumpat dalam blog ke, termarah, semua yang TER. err, orang caka kalau TER tu, x sengaja. ^_^ well, again, saya mohon maaf.

Salam Lebaran! love u all~ 


uhuh?

salam~
malam ni balik kampung.
babai tenat for a few days~
^_^

...................................................

*rasa sedih*
kenapa ya?
1. Ramadhan dah nak ke penghujung.
2. Sebab ada orang buat saya sedih
3. Manusia cepat lupa akan janjinya
4. (sebab tersendiri yang sangat kukuh)

....................................................

TQ FOLLOWERS! ana xtaw mana datang smua orang.
again, THANKS!
love u all~

Saturday, August 28, 2010

wootz?

errr.bismillah~

smalam kan, aku x datang skolah sbb kurang sihat.
hari ni, x datang lagi sbb?errrrr. *TEEEERmalas*
SORRY huh.

......................................................................



sekadar hiasan.


skarang ni, terasa MALAS nak kluar rumah rasanya.
*barang raya pon aku je yang x bli lagi*
terasa mcm xde mood betul nak raya kali ni.
sebab?ada alasan yang kukuh untuk diri aku sendiri.
tidak perlu dinyatakan la rasanya knapa ya. ;)
then kalau keluar rumah pon,
sure banyak tgk benda yang ntah hape-hape.
bukan sengaja pon sure mesti ada.
ok, AKU BUKAN ANTI TAPI AKU JUST TIDAK SUKA.
x nafi k, ada satu ketika dahulu, aku pon salah seorang daripada golongan mereka.
owh, rasa mcm x hidup je kalau tanpa seorang 'boyfren'
bila pikir balik skarang ini, owh BETAPA DUNGUnya diri ini.
look, pikir k, pakai tudung tapi berkepit sana sini dengan pakwe korang.

pakai tudung tp bahasa ntah pape.
pakai tudung tp solat x jaga.
pakai tudung tp buat maksiat.
pakai tudung tp buat keje yang ntah pape.

kenapa agaknya kita masih buat benda-benda tu?
muhasabah diri.
heeeh.aku sendiri bukan baik sangat.
belom baik sangat.
no offense ok.
hanya sekadar mengisi masa yang terluang untuk menghapdate blog.
da berhabuk sangat.
skarang da masuk fasa ke-3 kita puasa.
*sedih* sobsobsob.
maksudnya, da nak habis Ramadhan.
jom kejar @ cari malam Lailatulqadar~
good luck guys~
salam.

Wednesday, August 11, 2010

AHLAN YA RAMADHAN!


moga istiqamah semuanya.
moga menjalani ibadah dengan sungguh-sungguh :)

Friday, July 30, 2010

terubat!

bismillah.

aku taw kot yang kau kurang suka dengan aku.
aku taw sebab dari gaya kau.
aku taw kot yang kau kurang senang dengan aku.
aku taw sebab dari gaya kau.

...................................

terubat sebab esok pergi KBM!
yeah yeah yeah yeah yeah yeah!!!!
hoho!
terubat sebab even aku merasakan
sekarang yang aku tengah 'S.A.K.I.T'
aku dapat jumpa dengan kakak-kakak yang
boleh mengubati 'SAKIT' aku tu.
aku sayang gilaaaa dengan kakak-kakak tu.
something yang xkan dapat beli kat mana-mana kasih sayang tu.
sebabnya mereka itu ikhlas dan bukan buat-buat?
kan?
dan aku berasa sangat TENANG dan TERJAGA di samping mereka.
(ikhlas)
;)
MAY ALLAH BLESS.
AMIN.

Friday, July 16, 2010

orang tu cakap kan....

mama kita cakap, kalau ada pape, ngadu kat DIA je.
sebab, DIA tu Maha Mendengar.
kita rasa sedih sangat apa da berlaku in thiss week.
berlaku dengan sangat pantas.
kita x taw nak crita dengan sape.
T__________T
kita da x percaya kat sesape pon
huaaaaah
sedih!
bila la hidup nak happy je kan?
rite,gtg.
salam~

Monday, July 12, 2010

sedih la weh

aku da macam la orang x tentu arah.
rasa macam sedih gila.
separuh mati, separuh hidup
(asal la ayat mcm nak mati je la wani?!)
sebab ada sebab.
sejak bila la jadi fergile ni?
nak sangat mati tu?
da cukup amal tu?
da siap nak kene tnye dengan malaikat?
da siap untuk jumpa dengan DIA?
huaaaah!
berilah aku kekuatan!
T____T
kenapa mcm ni.
kenapa ending mcm ni.
kenapa kene mcm ni.
da ajak, then tinggalkan aku sorang-sorang.
terkontang kanting.
memang kejam.
konon la orang pandang tinggi, tapi kalau
da mananya MANUSIA,
semua sama je!






*sabar je la Wani.Allah saje nak uji kau tu k.
TABAH!
kesian pujuk diri sendiri
sebab semua orang sama.!

Saturday, July 10, 2010

Bersahabat ertinya Bercinta?

Sudah menjadi fitrah setiap sesuatu perkara yang baik pasti ada perkara sebaliknya yang mengekori. Ada yang halal, maka akan ada yang haram. Ada yang gembira, akan ada ketikanya duka. Ada yang dicintai, dan ada yang dibenci. Ada pertemuan, maka akan ada perpisahan.

Begitu halnya dalam bersahabat. Ada waktunya kita gembira dan ada waktunya kita bersedih. Ada waktunya kita mencintai dan ada waktunya kita menjauhi. Dan dalam kebersamaan itu akan hilang rasa khuatir dan takut. Musnah rasa gelisah dan resah jika kebersamaan dan persahabatan itu ditaut dengan iman dan taqwa.

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.
Maka damaikanlah di antara kedua saudaramu.
Bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.”
(Al-Hujurat: 10)

Teringat saya akan kenangan semasa di sekolah dahulu. Dalam bersahabat bukan setiap masa kita gembira. Ada kalanya juga kita bertengkar. Apa yang penting setiap pertengkaran itu membuatkan kita lebih memahami satu sama lain. Lebih menghormati hak-hak masing-masing.


Bersahabat Itu Ertinya Bersatu
Teringat kata-kata Ustaz Khazri semasa saya bersekolah dahulu, “Sahabat paling rapat dengan kamu adalah sahabat yang tidak kisah soal duit. Andai kata sahabatnya kesusahan dalam soal duit, terus dihulur dompetnya kepada sahabatnya.”

Begitu katanya tentang sahabat. Ustaz Khazri Osman yang saya kenal memang bukan seorang yang lokek. Andai kata ada pelajar di asrama mempunyai masalah, dia akan cuba membantu sebolehnya. Meskipun masalah kewangan.

Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata, “Perumpamaan orang-orang yang beriman yang saling cinta-mencintai, sayang-menyayangi, dan bantu-membantu di antara satu sama lain umpama sebuah jasad. Apabila salah satu anggota terasa sakit, seluruh jasad akan berasa sakit.”
Saat Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar berhijrah dari Mekah ke Madinah, mereka berhenti bermalam di Gua Tsur. Abu Bakar meminta nabi tunggu sebentar di luar. Abu Bakar tahu Gua Tsur banyak dihuni oleh binatang-binatang berbisa. Abu Bakar membersihkan ruang gua tersebut dan mencarikkan kain bajunya untuk menutup beberapa lubang kecil.

Selepas dipersilakan masuk oleh Abu Bakar, Nabi Muhammad s.a.w masuk dan membaringkan tubuhnya di atas tanah dengan kepalanya berbantalkan paha Abu Bakar. Tidak lama kemudian, Nabi Muhammad s.a.w tertidur.
Tiba-tiba keluar seekor ular dari lubang yang tidak ditutupi kain. Terus, Abu Bakar menutup lubang itu dengan kakinya. Lantas ular tersebut pun menggigit kaki Abu Bakar. Beliau tidak mahu menggerakkan pehanya kerana tidak mahu tidur Nabi Muhammad terganggu.

Beliau merasakan kesakitan yang amat tetapi tetap tidak berteriak, tidak mengaduh dan tidak menggerakkan kakinya. Abu Bakar menahan kesakitan sehingga tubuhnya lemah dan akhirnya beliau menangis. Titisan air matanya jatuh ke muka Rasulullah sehingga Baginda terbangun.
Inilah pengorbanan seorang sahabat yang sejati. Yang rasa cinta kepada sahabatnya begitu tinggi. Lebih daripada rasa cinta kepada dirinya sendiri.

Bersahabat Perlu Sentiasa Bersedia
Walau kadang-kadang timbul persoalan di hati saat sesuatu tidak berjalan sebagaimana yang dikehendaki. Walau kadang ada rasa tidak puas saat tidak mendapat apa yang diharapkan. Tapi, bersahabat tetap memberikan kita sesuatu yang penting iaitu tentang kehidupan.
Setiap yang hidup pasti akan meninggal dunia. Setiap pertemuan pasti adanya perpisahan.
Kita perlu sentiasa bersedia. Bersedia untuk berpisah. Itu fitrahnya. Soalnya cuma tinggal bila, mengapa dan bagaimana.

Friday, July 9, 2010

imbas kembali

''Assalamualaikum.

Hmmm...ni betul-betul bagus ni! Awal2 dah prepare azam untuk 2010. Semoga azam tu dapat dilaksanakan dengan baik. Perkara yang baik, kalau disertai azam yang kuat, insyaallah tuhan bantu.

Cumanya dalam hal bercinta, itu fitrah setiap manusia. Semua tak boleh lari dari memiliki perasaan tu. Bezanya, ada manusia yang dapat mengawalnya dengan baik dan ada pula yang berekspresi pelbagai dalam melayani fitrah dan naluri tu.

Rata-rata ramai yang akan mengambil jalan mudah, iaitu melayani fitrah tersebut. Maka lazimnya hal yang akan berlaku ialah wujudnya couple (kapel :D). Ini kerana ia lebih "menyeronokkan" dan "mengasyikkan" berbanding dengan menyerahkan perasaan tersebut kepada ALLAH.

Namun kesan akibatnya nyata jelas. Yang berkapel, sering menjadi mangsa sebelah pihak. Lazimnya perempuan!

Manakala yang menyerahkan cintanya kepada Allah, selalunya akan bertemu cinta sejati. Kenapa hek? Sebab Allah lah yang hadirkan cinta dalam diri kita. Bahkan Allah maha tahu siapakah PILIHAN terbaik dalam RAHSIA Allah. Kita sebenarnya kena mohon agar lamunan cinta kita pada seseorang tidak menelan kewarasan hati dan ketajaman akal. Sebab tu orang yang bercinta tak nampak dunia lain melainkan yang indah saja. Peliknya bila dah terhantuk, baru tergadah... Rata-rata macam tu.

Tak apa Wani, kalau kita nak jodoh yang baik, Allah dah janji Dia akan bagi. Syaratnya, kita kena tunjukkan pada Allah kesungguhan kita padaNya. Macam Wani mintak duit kat mak, selagi tak bersungguh mak pedulik hapa...tak gitu?!

Saya doakan Allah permudahkan urusan Wani dan keluarga, dilindungi Allah dari segala fitnah dan diberikan jodoh yang terbaik disisi Allah.

Wassalam November 11, 2009 7:56 PM''


ok.salam~ ada la sorang ustaz tu bagi aku benda ni kan last year.time aku last couple dengan si dia tu.rasa macam terkesan dan rasa mcm sedih sangat sekarang ni. x taw pahal.ya Allah.bantulah hambamu yang hina ini. T_____T
(awak, esok kita x jadi pergi ABJZ.)owh yes, dan stakat ni, kita x de pakwe.i mean, aku da capai apa yang aku nak.aku da x couple2 da.da lama da tinggal.benda tu dosa.da taw dosa, knapa nak uji lagi.saje je nak buat Dia tu marah ke?biar la x dapat cinta manusia.asalkan dapat CINTA DIA.sumpah, dulu aku buta kot.sangat buta.xnampak apa da jadi.Alhamdulillah, Dia nak lagi ketuk pintu hati ni untuk terbuka hati trima balik apa itu agama ku~. *wink*

Nak tanya jugak, kita Islam, tapi brapa ramai yang jaga solat betul-betul?
Kita Islam, tapi brapa ramai jugak yang jaga ikhtilat?
Kita Islam, tapi knapa kalau ada pembuangan bayi, kaitkan dengan kita?
(Kita=Melayu=Islam???!)
Hukum hudud pon ada, tapi knapa kita masih brani lakukan pkara yang da jelas terang lagi bersuluh tu kan?
Tanya la diri sendiri.untuk aku jugak benda tu.at least, yang paling penting, pokoknya, SOLAT FARDHU 5 WAKTU tu yang paling penting.kalau kita buat dengan ikhlas, bersungguh-sungguh, rasanya, xde la kot kejahatan yang kita lakukan.kita paham apa yang kita baca dalam solat, makna al-Fatihah, huahuahu (naa, now who's talkin' huh?)

wallahualam~salam.

Thursday, July 1, 2010

For You~

salam~
awak, kalau da datang, jangan la lari.
kalau da datang, janganlah sentap.
kalau da datang, jangan la terkejut.
huaaaah.
hidup ni sebenarnya kene slalu ingat-mengingati.
saya ada kelemahan.
setiap manusia ada kelemahan.
kita semua ada kelemahan.
jom.
saling mengingati.! ;D

...................................................................

to Fariza, Fatin Nabillah, Ainaa, Fatin, Isma, Najaa, Amalin, dan semua rakan-rakan ku, aku nak cakap, yang aku da tak boleh kluar sebab ada sebab.huhu.kalau nak pon, kita tunggu akhir tahun.tu pon kalau boleh.kalau gath, aku mintak maaf sangat-sangat, aku x boleh pergi.sebab ada sebab.aku ada reason yang tersendiri.aku da malas nak keluar rumah.kalau nak, jom lepak kat rumah aku.sentiasa terbuka untuk korang-korang.nak over nite kat rumah aku pon boleh.no hal.tapi, bab-bab keluar, siang-siang aku mintak maaf, aku x boleh. SORRY GUYS~

Aku pernah sayang korang.
Aku masih sayang korang.
Aku akan sentiasa sayang korang.
InsyaAllah.
Doakan yang terbaik untuk kita semua!
AMIN!

Monday, June 28, 2010

first experience. Alhamdulillah.

Para pelajar SMK Dato' Onn.
Ibu bapa dan para pelajar
Ikhwah (kru KRJ)
Us. Atas dari kiri : Saya, Mak Ude, Kak Mas, Kak Jannah
Bawah dari kiri : Kak Asma', Makcu, Kak Kausar, Kak Yan, Kak Nurul


Alahmdulillah. apa je nak cakap kan. Tapi syukur sangat-sangat. huaaaahh. "Macam mana boleh terjebak sampai ke sini ni Wani?umur baru lah 16 tahun kan?tapi dah jadi fesi untuk umur yang lagi tua dari kamu huh?" Allah,.panjang sangat critanya. sebelum post ni, aku ada post yang aku sangat merindukan kru-kru KRJ dan Kak Asma'.kan?heh.kemudian, memulakan langkah kanan contact balik dengan Kak Asma' kat FB.apa lagi, saling bermsg-msg, skali timbul, "wani nak join kru krj? 26 dan 27 (sabtu dan ahad ni)" Allahuakbar.aku pon terus je la reply, plan on.sampai la sekarang ni.sebab tu ada yang menyatakan, jangan la benci sangat dengan sesuatu perkara, takut nanti kamu akan menyukainya. heh.

masa mula-mula ikut progrm KBM (Keindahan Bersama MU) kat sekolah, hati sangat la tidak rela, dan sangat la tidak suka. aku berfikir, 'Suka orang la, biar la bila pon nak taubat, benda ni kan tidak perlu dipaksa?kan?!'tapi, lepas kali kedua ikut kat Adtec (anjuran PPD) hati mcm da terbukak lorh.masa tu lagi berkesan sebab pergi dengan hati yang ikhlas kerana Allah.hehe. kemudian, kali ni pergi, jadi fesilitator pulak. Kalau da takdir tu, benci macam mana pon, tetap akan terjadi kalau kehendakNya. kan?

Mula kat SMK Dato' Onn (Simpang Lima). mula-mula parenz macam x bagi pergi, kemudian, entah mcm mana, dorang benarkan (kalau benda da baik, sure dapat) wow!pengalaman, memang x dapat beli kat mana-mana.sumpah cakap. sangat bez. syukur sangat. mcm x percaya kot dapat berdiri sama taraf dengan kakak-kakak fesi yang sangat berpengalaman mcm dorang. syukur sangat-sangat.dan dekat sana, aku belajar mcm-macam.x terkira. ~.~

masa balik, kak Asma cakap dengan kak jannah.
"Enti,pikat Wani"
aku da mcm blur..
kak Jannah jawab
"tengah pikat la ni"
lagi la aku tak paham langsung apa yang dorang cakapkan.aku rasa dorang akan berusaha untuk 'tarik' aku ke KRJ ni kot. (IKRAM) nama baru kan? =)
yang penting, umur sangat dirahsiakan.pelajar sana semua tanya umur aku berapa dan aku hanya menjawab "lebih 13 dan kurang 30" hehe. sesungguhnya aku tidak berbohong. rasa mcm bersalah jugak sebab kakak Form 6 pon salam cium tangan aku. Allah, hati da mcm apa je masa tu.bersalah yang sangat menebal la. =,= tapi kene tabah! biar pecah di perut jangan di mulut.

The End. Pengalaman yang x kan dilupakan seumur hidup. "terima kasih daun keladi, lain kali boleh jadi fesi lagi" <-- bak kata Makcu. Insya-Allah kalau Pihak KRJ jemput. *winkwink.aku sentiasa bersedia mengorbankan tenaga untukNya.