Friday, July 30, 2010

terubat!

bismillah.

aku taw kot yang kau kurang suka dengan aku.
aku taw sebab dari gaya kau.
aku taw kot yang kau kurang senang dengan aku.
aku taw sebab dari gaya kau.

...................................

terubat sebab esok pergi KBM!
yeah yeah yeah yeah yeah yeah!!!!
hoho!
terubat sebab even aku merasakan
sekarang yang aku tengah 'S.A.K.I.T'
aku dapat jumpa dengan kakak-kakak yang
boleh mengubati 'SAKIT' aku tu.
aku sayang gilaaaa dengan kakak-kakak tu.
something yang xkan dapat beli kat mana-mana kasih sayang tu.
sebabnya mereka itu ikhlas dan bukan buat-buat?
kan?
dan aku berasa sangat TENANG dan TERJAGA di samping mereka.
(ikhlas)
;)
MAY ALLAH BLESS.
AMIN.

Friday, July 16, 2010

orang tu cakap kan....

mama kita cakap, kalau ada pape, ngadu kat DIA je.
sebab, DIA tu Maha Mendengar.
kita rasa sedih sangat apa da berlaku in thiss week.
berlaku dengan sangat pantas.
kita x taw nak crita dengan sape.
T__________T
kita da x percaya kat sesape pon
huaaaaah
sedih!
bila la hidup nak happy je kan?
rite,gtg.
salam~

Monday, July 12, 2010

sedih la weh

aku da macam la orang x tentu arah.
rasa macam sedih gila.
separuh mati, separuh hidup
(asal la ayat mcm nak mati je la wani?!)
sebab ada sebab.
sejak bila la jadi fergile ni?
nak sangat mati tu?
da cukup amal tu?
da siap nak kene tnye dengan malaikat?
da siap untuk jumpa dengan DIA?
huaaaah!
berilah aku kekuatan!
T____T
kenapa mcm ni.
kenapa ending mcm ni.
kenapa kene mcm ni.
da ajak, then tinggalkan aku sorang-sorang.
terkontang kanting.
memang kejam.
konon la orang pandang tinggi, tapi kalau
da mananya MANUSIA,
semua sama je!






*sabar je la Wani.Allah saje nak uji kau tu k.
TABAH!
kesian pujuk diri sendiri
sebab semua orang sama.!

Saturday, July 10, 2010

Bersahabat ertinya Bercinta?

Sudah menjadi fitrah setiap sesuatu perkara yang baik pasti ada perkara sebaliknya yang mengekori. Ada yang halal, maka akan ada yang haram. Ada yang gembira, akan ada ketikanya duka. Ada yang dicintai, dan ada yang dibenci. Ada pertemuan, maka akan ada perpisahan.

Begitu halnya dalam bersahabat. Ada waktunya kita gembira dan ada waktunya kita bersedih. Ada waktunya kita mencintai dan ada waktunya kita menjauhi. Dan dalam kebersamaan itu akan hilang rasa khuatir dan takut. Musnah rasa gelisah dan resah jika kebersamaan dan persahabatan itu ditaut dengan iman dan taqwa.

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.
Maka damaikanlah di antara kedua saudaramu.
Bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.”
(Al-Hujurat: 10)

Teringat saya akan kenangan semasa di sekolah dahulu. Dalam bersahabat bukan setiap masa kita gembira. Ada kalanya juga kita bertengkar. Apa yang penting setiap pertengkaran itu membuatkan kita lebih memahami satu sama lain. Lebih menghormati hak-hak masing-masing.


Bersahabat Itu Ertinya Bersatu
Teringat kata-kata Ustaz Khazri semasa saya bersekolah dahulu, “Sahabat paling rapat dengan kamu adalah sahabat yang tidak kisah soal duit. Andai kata sahabatnya kesusahan dalam soal duit, terus dihulur dompetnya kepada sahabatnya.”

Begitu katanya tentang sahabat. Ustaz Khazri Osman yang saya kenal memang bukan seorang yang lokek. Andai kata ada pelajar di asrama mempunyai masalah, dia akan cuba membantu sebolehnya. Meskipun masalah kewangan.

Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata, “Perumpamaan orang-orang yang beriman yang saling cinta-mencintai, sayang-menyayangi, dan bantu-membantu di antara satu sama lain umpama sebuah jasad. Apabila salah satu anggota terasa sakit, seluruh jasad akan berasa sakit.”
Saat Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar berhijrah dari Mekah ke Madinah, mereka berhenti bermalam di Gua Tsur. Abu Bakar meminta nabi tunggu sebentar di luar. Abu Bakar tahu Gua Tsur banyak dihuni oleh binatang-binatang berbisa. Abu Bakar membersihkan ruang gua tersebut dan mencarikkan kain bajunya untuk menutup beberapa lubang kecil.

Selepas dipersilakan masuk oleh Abu Bakar, Nabi Muhammad s.a.w masuk dan membaringkan tubuhnya di atas tanah dengan kepalanya berbantalkan paha Abu Bakar. Tidak lama kemudian, Nabi Muhammad s.a.w tertidur.
Tiba-tiba keluar seekor ular dari lubang yang tidak ditutupi kain. Terus, Abu Bakar menutup lubang itu dengan kakinya. Lantas ular tersebut pun menggigit kaki Abu Bakar. Beliau tidak mahu menggerakkan pehanya kerana tidak mahu tidur Nabi Muhammad terganggu.

Beliau merasakan kesakitan yang amat tetapi tetap tidak berteriak, tidak mengaduh dan tidak menggerakkan kakinya. Abu Bakar menahan kesakitan sehingga tubuhnya lemah dan akhirnya beliau menangis. Titisan air matanya jatuh ke muka Rasulullah sehingga Baginda terbangun.
Inilah pengorbanan seorang sahabat yang sejati. Yang rasa cinta kepada sahabatnya begitu tinggi. Lebih daripada rasa cinta kepada dirinya sendiri.

Bersahabat Perlu Sentiasa Bersedia
Walau kadang-kadang timbul persoalan di hati saat sesuatu tidak berjalan sebagaimana yang dikehendaki. Walau kadang ada rasa tidak puas saat tidak mendapat apa yang diharapkan. Tapi, bersahabat tetap memberikan kita sesuatu yang penting iaitu tentang kehidupan.
Setiap yang hidup pasti akan meninggal dunia. Setiap pertemuan pasti adanya perpisahan.
Kita perlu sentiasa bersedia. Bersedia untuk berpisah. Itu fitrahnya. Soalnya cuma tinggal bila, mengapa dan bagaimana.

Friday, July 9, 2010

imbas kembali

''Assalamualaikum.

Hmmm...ni betul-betul bagus ni! Awal2 dah prepare azam untuk 2010. Semoga azam tu dapat dilaksanakan dengan baik. Perkara yang baik, kalau disertai azam yang kuat, insyaallah tuhan bantu.

Cumanya dalam hal bercinta, itu fitrah setiap manusia. Semua tak boleh lari dari memiliki perasaan tu. Bezanya, ada manusia yang dapat mengawalnya dengan baik dan ada pula yang berekspresi pelbagai dalam melayani fitrah dan naluri tu.

Rata-rata ramai yang akan mengambil jalan mudah, iaitu melayani fitrah tersebut. Maka lazimnya hal yang akan berlaku ialah wujudnya couple (kapel :D). Ini kerana ia lebih "menyeronokkan" dan "mengasyikkan" berbanding dengan menyerahkan perasaan tersebut kepada ALLAH.

Namun kesan akibatnya nyata jelas. Yang berkapel, sering menjadi mangsa sebelah pihak. Lazimnya perempuan!

Manakala yang menyerahkan cintanya kepada Allah, selalunya akan bertemu cinta sejati. Kenapa hek? Sebab Allah lah yang hadirkan cinta dalam diri kita. Bahkan Allah maha tahu siapakah PILIHAN terbaik dalam RAHSIA Allah. Kita sebenarnya kena mohon agar lamunan cinta kita pada seseorang tidak menelan kewarasan hati dan ketajaman akal. Sebab tu orang yang bercinta tak nampak dunia lain melainkan yang indah saja. Peliknya bila dah terhantuk, baru tergadah... Rata-rata macam tu.

Tak apa Wani, kalau kita nak jodoh yang baik, Allah dah janji Dia akan bagi. Syaratnya, kita kena tunjukkan pada Allah kesungguhan kita padaNya. Macam Wani mintak duit kat mak, selagi tak bersungguh mak pedulik hapa...tak gitu?!

Saya doakan Allah permudahkan urusan Wani dan keluarga, dilindungi Allah dari segala fitnah dan diberikan jodoh yang terbaik disisi Allah.

Wassalam November 11, 2009 7:56 PM''


ok.salam~ ada la sorang ustaz tu bagi aku benda ni kan last year.time aku last couple dengan si dia tu.rasa macam terkesan dan rasa mcm sedih sangat sekarang ni. x taw pahal.ya Allah.bantulah hambamu yang hina ini. T_____T
(awak, esok kita x jadi pergi ABJZ.)owh yes, dan stakat ni, kita x de pakwe.i mean, aku da capai apa yang aku nak.aku da x couple2 da.da lama da tinggal.benda tu dosa.da taw dosa, knapa nak uji lagi.saje je nak buat Dia tu marah ke?biar la x dapat cinta manusia.asalkan dapat CINTA DIA.sumpah, dulu aku buta kot.sangat buta.xnampak apa da jadi.Alhamdulillah, Dia nak lagi ketuk pintu hati ni untuk terbuka hati trima balik apa itu agama ku~. *wink*

Nak tanya jugak, kita Islam, tapi brapa ramai yang jaga solat betul-betul?
Kita Islam, tapi brapa ramai jugak yang jaga ikhtilat?
Kita Islam, tapi knapa kalau ada pembuangan bayi, kaitkan dengan kita?
(Kita=Melayu=Islam???!)
Hukum hudud pon ada, tapi knapa kita masih brani lakukan pkara yang da jelas terang lagi bersuluh tu kan?
Tanya la diri sendiri.untuk aku jugak benda tu.at least, yang paling penting, pokoknya, SOLAT FARDHU 5 WAKTU tu yang paling penting.kalau kita buat dengan ikhlas, bersungguh-sungguh, rasanya, xde la kot kejahatan yang kita lakukan.kita paham apa yang kita baca dalam solat, makna al-Fatihah, huahuahu (naa, now who's talkin' huh?)

wallahualam~salam.

Thursday, July 1, 2010

For You~

salam~
awak, kalau da datang, jangan la lari.
kalau da datang, janganlah sentap.
kalau da datang, jangan la terkejut.
huaaaah.
hidup ni sebenarnya kene slalu ingat-mengingati.
saya ada kelemahan.
setiap manusia ada kelemahan.
kita semua ada kelemahan.
jom.
saling mengingati.! ;D

...................................................................

to Fariza, Fatin Nabillah, Ainaa, Fatin, Isma, Najaa, Amalin, dan semua rakan-rakan ku, aku nak cakap, yang aku da tak boleh kluar sebab ada sebab.huhu.kalau nak pon, kita tunggu akhir tahun.tu pon kalau boleh.kalau gath, aku mintak maaf sangat-sangat, aku x boleh pergi.sebab ada sebab.aku ada reason yang tersendiri.aku da malas nak keluar rumah.kalau nak, jom lepak kat rumah aku.sentiasa terbuka untuk korang-korang.nak over nite kat rumah aku pon boleh.no hal.tapi, bab-bab keluar, siang-siang aku mintak maaf, aku x boleh. SORRY GUYS~

Aku pernah sayang korang.
Aku masih sayang korang.
Aku akan sentiasa sayang korang.
InsyaAllah.
Doakan yang terbaik untuk kita semua!
AMIN!