Saturday, August 27, 2011

KAWAN SAMPAI MATI

aku rasa seperti pada hari ini, kita patut bijak bezakan mana satu kawan sampai mati, mana kawan yang cuma mengambil kesempatan ke atas diri sendiri, dan kawan yang cuma pada masa itu sahaja. HAVE FUN WITH THEM. I LOVE YOU KUASA INFINITY SAMPAI BILA-BILA. Fary 송용순Aiena AegiyoFatin Nabillah dan Isma Syakila.

Saturday, August 20, 2011

Change for GOOD is ain't a crime :)

Aku terasa sangatlah tidak adil kalau aku tak kongsi benda yang baik dengan sesiapa yang baca blog ni. :) Tak. Aku tak cakap yang aku dah berubah upside down, inside and out, rotate 540'. Sungguh tak. Life yang masih macam biasa. Life yang penuh dengan kesibukan bagi menuntun tuntutan dunia? :) "May Allah bless." Terasa seperti semua perkara yang aku buat untuk beberapa minggu ni dipermudahkan. Sungguh. Alhamdulillah. 

Hari tu, (Rabu) balik sekolah je, terus pergi Popular. Sebab akak Popular tu dah call cakap buku yang aku nak dah sampai. Orang kata, Nak Seribu Daya, Tak Nak Takpe. Dengan kudrat yang ada, ajaklah family pergi kejap mall. Punya tahan rasa nak baca sebab esoknya (Khamis) ada pra-trial for sejarah. At last, Khamis malam baru mula baca novel tu. "Contengan Jalanan-Hlovate" Dah ada tujuh novel karya Hlovate sebab dah terlalu addict. Bukan nak cerita pasal tu sekarang. 

Sekarang aku terasa Hlovate dah berevolusi daripada tulis novel genre love kepada dakwah islamiah? Sungguh aku tak tipu. Cerita yang aku rasa aku boleh mengalirkan air mata untuk kali ke 100 walaupun baca sebanyak 100 kali. Dalam novel 'contengan jalanan' tu, ada nama kau Amalia. So sepanjang aku baca cerita tu, muka yang aku terbayang, cuma kau dan sorang kawan aku. Kawan yang aku ambil keputusan untuk tak contact dia lagi sebab dia pon dah berevolusi ke arah yang 'aku nak cari jalan untuk tuju pada Dia. Aku nak cari apa tu maksud life. Aku nak cari something yang kosong selama ni.' Aku pon tak taw kenapa muka kau muncul masa baca novel tu lah Lia. Mungkin ada nama kau. Mungkin. Tapi, lepas aku baca novel tu kan, aku tidur malam tu pon aku boleh TERmimpikan kau. Petanda apa tu eh? Erk? Tapi aku cool lagi. 

Tapi, masa solat hajat semalam, orang yang memang aku nak cari pagi-pagi tu adalah kau. Dan kebetulan, aku jumpa kau. Susah rasanya kalau solat hajat kat sekolah aku boleh ngalir. Tapi, masa baca yasin tu pon aku dah mengalir. Again, petanda apa tu eh? Sumpah, perasaan hiba pagi-pagi tu bukan dibuat-buat. Aku rasa macam nak peluk kau je masa tu pastu nangis. Nak kata aku terbawak-bawak cerita dalam novel tu? Pon bukan sebab aku rasa sangat hiba hari semalam. Ayat yang paling aku ingat lah dalam novel tu, "The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th." Kalau orang kata nak buang tatu kat badan tu sakit, buang tatu dosa kat hati lagi perit rasanya. Aku terasa macam bila hidup 'susah', penuh dugaan, baru kita ngadap DIA untuk mintak pertolongan. Baru nak ingat DIA sebab dah tak taw nak turn kat sapa. Rasa macam ayat "Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu (2:45) " baru nak lekat dalam hati sebab dah tak taw nak ngadu kat sape. Setuju? Apa perasaan kau kalau orang yang selalu di samping kau, orang yang layan je kau buat sesuatu yang minat sebab sama interest, orang yang paling kau sayang, orang yang paling kau rasa 'kalau dia mati, aku pon nak mati sama' tu tak alih-alih tinggalkan kau? Untuk selama-lamanya? Tapi sebelum dia pergi,, dia sempat sedarkan sesuatu pada kau dan sempat dia turn to HIM yang selama ni dia dan kau tinggalkan. Katakanlah dialog ni kau pernah ucapkan dengan dia.

"Aku teringin nak masuk syurga lah"
"Siapa yang tak nak?"
"Kalau kau masuk dulu, tarik aku sama?"
"Jom ambil air sembahyang."

Bayangkan kalau benda tu kita teringat time dia dah pergi? Tak ke rasa terkilan tapi tenang kot rasanya sebab kita taw dia 'pergi' time dia dah taubat, dia 'pergi' time dia dah mintak maaf dengan semua orang. Kita? Macam mana pulak eh? Sumpah aku tak taw kenapa aku nak cerita benda ni dengan kau. Sumpah aku tak taw. Sungguh aku tak taw. Kalau ditanya kenapa aku cerita ni kat kau masa tu aku akan senyum je kot.


*this post dedicate to Amalia Talib :) 
Jangan timbulkan hal ni kat sekolah. 
Aku bukanlah baik sangat 
dan bukan lah dalam golongan orang-orang yang 'alim'
tapi aku still taw mana baik dan buruk.
Apa itu pahala dan dosa. 
May God Bless :)
-salam-

Tuesday, August 16, 2011

Apakah yang tengah terjadi?

Apabila otak tidak dapat berfungsi dengan molek, maka hidup lah dalam keadaan yang terumbang ambing. Apabila cek apakah symptom tekanan perasaan, nak bagi taw bahawa aku mempunyai 3 daripadanya daripada 8 perkara. Woooooh. Masih lagi pada tahap yang tidak membimbangkan. Erk? Mudah kecewa walaupun perkara yang tidak sepatutnya rasa begitu. Mudah marah? Hal yang kecik pon boleh nak ngalir? Apakah? Ppffftt! Trial lagi 2 minggu (plus minus). Tapi masih lagi nak layan perasaan. Nampak sangat kau tengah buat satu kerja yang gila. Adalah satu quote ni aku rasa sangatlah best! :) "To err is human, to forgive divine." Kenapa eh boleh terasa macam tu? Sebab diri bukanlah dalam keadaan kondisi yang molek. Hahahaha.

"Wehhhh. Apa nak buat kalau nak melupakan something yang selalu kita fikirkan?"
"Kau angau maksudnya?"
"Angau? Apakah itu?"
"You're big enough dear. You know what i'm talking about."
"Haha. Gotcha. Aku terasa dia jahat sebab buar aku suka kat dia."
"Big fat liar. Aku kenal kau bukan untuk hari pertama. Siapa?"
"That boy."
"Boy. Not yet mature to be a man."
"Dia ke arah itu lahhh."
"Hahaha. Kau dah besar. Boleh pikir sendiri. Do something yang kau rasa itulah yang terbaik untuk kau."


               "Aku dah tak boleh pusing ni wehhh. Sejak dia berubah ke arah yang baik, aku rasa macam aku dah TERRRRRsuka kat dia. Cornylah sehhh! Dah bertahun la aku tak cakap pasal benda yang luar alam macam ni kau taw. Aku anggap dia macam abang kot Taapi.... Sekarang ni.. Yoooosh! Sesaklah kepala! Y___Y Macam mana ni wehhh. Aku dah block dia kat FB, cuma kat phone tu je lah kot paling-paling koman pon aku tak taw nak buat apa. Nak block kesian. But, i've tried. Cuma kedudukan sekarang dalam keadaan yang goyah. Pergi sekolah pon aku tak boleh nak concentrate. Sakit. Inside and out!. Dekat pencil case pon aku boleh teringat kat dia sebab ada bracelet 'ADDIN' tu. Tapi kan wehhh. Aku tak sanggup nak buang benda tu. Bangle tu pon. Tu jelah salah satu harta dunia yang aku rasa paling bernilai yang aku angkut ke sana ke mari. Aku dah langgar janji weh. Aku dah langgar limit yang aku bina sendiri. Tapi bukan perasaan tu yang aku jemputt. Makin aku nak lari, makin tu dia kejar? Okay, enough of hiperbola! Gilaaaaa CORNY! Geli lah sehh. Kau bermonolog macam ni ada yang boleh bantu ke? Maybe. At least, aku dah spill out kat benda yang tak boleh bagi respon. Hahaha. Cuma sesiapa yang baca ni je. Aku tak suruh pon sesiapa baca. Apabila otak tidak berfungsi dengan molek, maka inilah yang terjadi. Dalam keadaan sekarang, aku tak boleh salahkan dia. Sangatlah tidak fair kalau aku cakap aku tak happy dengan dia yang macam sekarang ni. Seperti rutin, apabila satu text mahupun call dalam tidak ada dalam tempoh masa seminggu, secara tidak langsung dia akan call. Tapi sekarang? Dia masih melakukan rutin yang sebegitu cumanya, the way he's talking, texting, sangatlah berbeza. Cakap perkara yang penting je. Tanya khabar, then "kay lah, i got something to do. Tc. Salam." Perubahan yang secara mendadak membuatkan otak aku sekarang mcm tak boleh nak terima fakta itu. Lets fate fares you well bro. KALAU kau yang baca sendiri post ni, aku cuma nak kau taw. Please stay away from me. I'm begging you T_T Mungkin satu perkara yang bodoh sebab hal kecik macam ni boleh berlaku. Kalau dia sendiri taw apa yang berlaku, 100% sure dia akan mengamuk pada aku. Hahaha. Yakin punya. Antara soalan dan ceramah yang dia akan bagi :

"Macam manalah benda ni boleh berlaku? Kan dulu awal-awal lagi kita dah janji yang perasaan sebegitu tak boleh ada pada aku. Kau yang promise."
"Kau dah berevolusi macam AO. Bukan aku yang suruh that 'feeling' datang gila!"
"Tapi kau boleh je bendung. Jangan nak libatkan sampai block-block aku kat FB, phone."
"Bukan aku yang nak! Kau tak paham ke?!"
"May God bless you. Salam."

Itulah yang aku fikirkan apa yang dia akan cakap. Aku kenal dia cukup lama. Rasanya. For 2 years man hari-hari text. At least 1 text wishing g'night. Hari-hari. Kalau koman pon seminggu senyap. Tapi terus call. Aku rasa sekadar tu je pon, cukuplah dia sebagai manusia tempat mengadu selain DIA yang MahaEsa. Sumpah aku tak bohong, aku terasa aku lagi rapat dengan dia daripada aku rapat dengan parents, kawan baik, kawan terlampau baik, adik, ahli keluarga yang lain. BERjihad untuk membuang rasa yang sepatutnya ada dalam diri. Dosa oi! Battas pon kau tak jaga. AND NOW, dia tengah berubah ke arah yang kind of 'aku nak cari  jalan yang tuju ke arahNYA' AND pada masa yang sama, aku terasa i've milessssssssss behind. May Allah bless you."


*Itulah cerita yang aku rasa sangatlah membuang masa.
 Apa-apa pon, HAHAHAHA perkara inilah yang buat aku 
sakit kepala sejak sebulan yang lalu. 
Time to concentrate on study! 
Trial lagi berapa hari je oi! 



END

Sunday, July 10, 2011

post meminta maaf?

You bawak kroni ramai sangat la kat fb. Mana I berani nak lawan. Hebat punya orang. Orang-orang yang pandai berdebat. Pergh.sekali melibas, tertutup mulut owhhhh! KALAU lah awak baca post ni, saya nak mintak maaf lah ya. Ramai antara yang sokong 'kuning' tu kawan-kawan saya kot kat fb tu. Seriously, Kak Kay pon keep on talking bout this issue. Err. No offense kay. AS RAKYAT, benarlah awak mempunyai hak. Well, saya pon! ;) So, peace and no more war? Hahaha. Saya terasa hati dengan tindakan yang begitu drastik awak buat terhadap saya. Even Inche' Aysraf pon on your behalf. Errr. Kay. No more komen. Again, i'm really sorry.  (This post is dedicate to Anas Hishamuddin) :)

Friday, June 10, 2011

PENAT

ISNIN - RABU (30/5/2011 - 1/6/2011)
Kelas di sekolah

RABU MALAM - JUMAAT MALAM (1/6/2011 - 3/6/2011)
Ke Seremban dan KL dan Muar

SABTU (4/6/2011)
Tuition sepanjang hari dan rewang di kampung (PENGSAN!!!!)

AHAD & ISNIN (5/6/2011 & 6/6/2011)
Trip ke Melaka. Kem macam PLKN OKAY! :'(

SELASA - JUMAAT (7/6/2011 - 10/6/2011)
Kem EASYMATH.

KESIMPULAN.
Cuti aku memang full la di isi. Aku tidak membuang masa. Dan sekarang aku terlalu-terlalu dan KETERLALUAN PENATNYA.  Aku tidur satu hari pon cuma 4 jam je. Bayangkan? Lebih teruk 'cuti' kali ni daripada hari sekolah macam biasa. Dan sekarang aku terasa nak pengsan (Y_____Y)



-ORANG YANG TERLALU PENAT-
-END-

Friday, May 27, 2011

AKU RASA BERSALAH DENGAN KAU

Sumpah bukan aku yang nak kelas tu (Y_Y) Tapi nama kitaorang yang dapat semua cikgu-cikgu yang cadangkan. Bukan sorang tapi ramai cikgu. Responsibility sangat besar aku rasa sesiapa yang involve dengan kelas tu. Babe, aku tak taw la sama ada kau pissed off dengan aku ke hape. Tapi masa Cikgu Muniza tanya aku "Kene panggil tadi sebab kelas Ibnu Sina ya?" aku nampak obviously muka kau berubah. Maafkan aku doe. Aku bukan tak nak bagi taw kau tapi aku rasa bersalah tahap giga. Sumpah aku tak taw pape pasal ni. Masa balik aku sangat terasa yang kau tak nak layan aku. Kot. Aku nampak and aku rasa. Kalau kau baca pon la post ni, sumpah aku tak taw pape pon pasal ni anddd aku pon berharap yang kau ada dalam kelas tu T_________T *ikhlas* kita sama-sama nak kelas tu kan? Huaaaaaah. Stress! Aku tak nak kau cakap belakang pasal aku. Aku betul-betul mintak maaf. Real punya. Bapak aku kata pemilihan kelas tu berdasarkan mereka yang perlu dibantu dan dia kata lagi mereka yang tak dapat sebab mungkin sekolah dah nampak kau dari awal yang kau memang boleh dapat straight A's.

(Balik tadi masa sebelum makan Fira ada buat salah dengan aku. Aku rasa benda kecik je. Dia makan rojak mcm tak ingat orang belakang. On the dot aku bangun, masukkan kerusi dan naik atas dan membatalkan niat makan. Masuk bilik dan menangis semahu-mahunya. Walaupon perut lapar tapi aku rasa aku dah tak tahan dengan apa yang tengah berlaku. Give me some space and i'm really sorry.)

aku berasa tertekan and i think i need them 
(Family, Fira, Apiz, Amir, Pak Long, Maklong to cheer me up)
*in a bad condition*
-END-

Friday, May 20, 2011

SUMPAH AKU RINDU KAU!

kerana? hero yang diseru untuk beberapa kali akhirnya datang jugak. bukannya mintak apa pon. cuma nak taw samaada dia hidup lagi atau tak. tu je =D Rasanya bila dia hapdate je blog dia taw latu maknanya dia masih hidup dan masa baca blog dia tadi mengalir kot. SUMPAH TAK BOHONG. I MISS YOU LIKE ORANG GILAK. 

-END-
THIS POST ACTUALLY FOR APAN LEE (^_^)

Friday, April 15, 2011

mereka buat aku sakit hati

Uhuh? Sejak bila tu ya? Sejak mereka berkawan baik dan melupakan aku? Owh yessssss. Baik laah. Kalau begitu, anda disarankan supaya belajarlah rajin-rajin dan belajarlah dengan hati yang ikhlas. Malam tadi buat confession berani mati terhadap orang yang aku paling sayang? Uhuh? Siapakah? Big Bro. HAHA Rasa macam dah nak mati je jenis ayat tu. Aku buat mcm tu sebab aku dah tak nak msg or call dia lagi. "Ya Allah, tolong lah kuatkan hati aku supaya aku bertekad dengan azam yang aku bina ni. AMIN!" *dalam keadaan yang emosi sambil menaip* Sejak dua menjak ni kan, rasa macam selalu tade mood kot. Cepat tersentuh pon ya jugak. Sebab? Rasa macam dah cukup terseksa dengan kehidupan sekarang ni. *emo lagi sekali* (owh well, agak-agak siapa yang baca blog ni dan kau kenal aku, tolong laaaah. Tak payah nak ngumpat aku belakang. Aku cukup benci dengan orang yang mcm tu. Lantak la kau family aku ke, kawan baik ke, tak baik ke, kawan adik aku ke. Tak suka, tolong lah blah dari sini. aku tak perlukan tenaga korang untuk baca BLOG ni and lepas tu ngumpat aku. THANKS.) Luahan hati ni disebabkan aku malas nak cerita dengan sesapa sekarang. Rasa masing-masing macam dah lupakan aku? Woooooh. Pandai je kau buat andaian sendiri Wani. =) Tape, yang penting dorang tak pernah aku lupakan. PEOPLE CHANGED. semua akan berubah daripada baik ke tak baik or daripada tak baik kepada baik. Setakat ni saja kali ni sebab rasa kat sini dah BANJIR muahaha T__T "typical gurl. emosi je kau ni la".


END

Friday, April 8, 2011

tidak perlulah begitu sehh

perasaan apabila diperlukan dilayan bagaikan menghusung emas yang penuh dalam guni dan apabila tidak diperlukan lagi, dibuang bagaikan sampah yang yang berbau dengan begitu busuk sekali. Tu lah yang aku rasa sekarang ni kott. HAHA. Rasa sedih? Bolehh laah. Rasa nak mencurah-curah air mata? Boleh lahhh. Sekarang ni perasaan berbaur. Tapi seriously, even orang tu buat salah sikit je pon aku rasa mcm dah kecik hati "Sejak bila wani dah tak boleh bawak bergurau ni?" Sorry ya cik abang, jawapan tak ada dalam skema, so tak taw nak jawab apa. Pernah tak korang tengok pape VD pon, walaupun feel sikit je korang dah menangis satu baldi? Tadi aku tgk crita Glitter. Sumpah crita tu best sebab aku tersentuh dan aku ngalir kot! Sebab sedih gila. Sebenarnya hati hiba sejak hari isnin lagi. T____T *bersabarlah hati*





"May God Bless You ouh Wani"
END

Saturday, April 2, 2011

eh?

Kisahnyaaa. Rupa-rupanya cikgu tu tak de lah garang mana pon. Boleh je ajak berbual, boleh je ajak bergelak. Yaaaa, tadi tolong support kawan-kawan bahas. Ok, kalau nak tengok dari segi preparation, memang sekolah Banang tu amik teks bulat-bulat daripada internet. So, bila ada izin laluan dari pihak sekolah kita, dah tercengang dorang tak taw nak jawab apa. At last, kita menang. Ok, esok lawan dengan Sekolah Seri Medan. Emmmmm, dengan sekolah ni aku teringin jugak nak tengok dorang perform tahun ni. Orang kata, sekolah tu debaters HEBAT! We'll find out la ok esok =D

cerita sadis nak keluar ni dah. 

Mama kata kerja dengan orang cina lagi senang. Memang lah banyak 'songel', kerja kene perfect, kerja kene on time, tapi tak kisah la sama ada kita yang mengarah atau kita yang diarah, kerja dengan mereka merupakan sesuatu yang 'agak' puas hati? Mama kata lagi, "Kalau dorang kutuk kita pon, kita tak sakit hati kan? Sebab kita tak paham apa yang dorang cakap." Aku dengan bangganya menyokong. Bukan lah aku cakap aku BENCI orang melayu. woi! aku orang MELAYU jugak ok! aku tak hina orang melayu. Subjek utama aku nak cakap sekarang ni, sebenarnya aku dengar orang kutuk aku depan-depan. Atau lagi tepat, dorang kata aku belakang, tapi aku dengar. HAHA kelakar. kira nak mengumpat tapi dah TERkantoi. siaaaaaap lah kan. dengan serta mertanya aku pon TERus meminta maaf dengan Miss Ong tadi secara peribadi. ok? puas hati? dia yang suruh aku ingatkan marikh. so, aku tulis je lah dekat papan putih tu. ada masalah? ok, MAYBE, dengan ayat yang mengarah. tapi aku dah ,mintak maaf dengan teacher. teacher tak marah pon. terima kasih dengan aku lagi sebab ingatkan dia. ok? agak panas sebenarnya telinga bila dengar orang kutuk kita belakang tapi aku terus betulkan dengan mintak maaf dengan orang aku rasa aku ada buat dosa dengan dia. well, aku seorang yang pendendam. aku agak susah nak maafkan seseorang tu. unless, dia berani mintak maaf aku depan-depan. 

Cerita 2. KRJ? KRU KRJ? 

aku agak terkilan sebenarnya dengan beberapa orang akak yang....entahlah. ok fine. aku banyak buat dosa sekarang ni. BANYAK. cuma tak taw bila nak buat solat sunat taubat HAHAA *kelakarnya* -.- masa cuti akhir tahun hari tu, keadaan bosan yang sangat kritikal sebenarnya telah melanda diri ok. then aku dan beberapa orang rakan pon mainlah satu permainan yang agak bodoh sebenarnya. aku pon sanggup mengeluarkan status "Amir, aku suka kau lah =p" dengan nada yang main-main. ok fine. memang aku suka mamat tu. as friend. or more than friend? yaaaaaaa right. as abang. kenal dia dah nak masuk 3 tahun dah. agak rapat sampai hari-hari msg (dulu) sekarang dah tak sebab masing-masing mempunyai komitmen yang sangat tinggi. last pon hari isnin hari tu lepas tiution dia call. (ok, menyimpang jauh dah ni. berbalik cerita pasal tadi.) lepas dah naik penuh komen kat status tu, dengan garangnya Kak Asma' pon 'MENG'SOUND' aku. "i don't see any important point in this so called game. you'd better stop. find something useful to share..all THREE of you!" itu lah ayat yang dia bagi aku. then sejak hari itu, aku pon mcm dah bengang dengan diri sendiri. duduk tersandar jap. pikir balik. apa yang aku dah buat sebenarnya ni eh? lupa diri kejap. HAHA  selepas insiden itu, semua akak macam dah dingin je dengan aku. aku tegur Kak Kay pon masa tu, dia terus offL. owh ok. lagi lah bengang. aku bagi msg dengan kak Asma' pon dia mcm nak tak nak je reply. owh ok. lagi sekali bengang. taw tak bertapa rindunya aku dengan korang? ok fine. korang tak taw melainkan korang baca post ni. jangan nak buat lawak lah dorang nak baca post orang buat dosa je ni. MUAHAHAHA *dalam keadaan emosional* 

*apabila aku tidak mengdisplay or hide 
untuk komen maknanya 
aku tidak memerlukan komen-komen 
korang sekalian. 
sekian. 
(jangan lah ikut perangai aku ni.)
END

Saturday, March 26, 2011

muka yang dapat straight As dalam SPM


 big bro<3 HAHA

cousin <3 heh
(yang pakai topi koboi)

congrtz guys! =D
akan ku jejak langkah korang. 

............

"kurang hasam sehhh. dia sangat smart sape suruh? hati mcm dah TERpikat je. skali tgk status dah married. DALAM erti kata lain dah couple kot. tape-tape, suka dalam diam boleh? ahaaaahhhaaaa. HAHA"

*mengong!

Wednesday, March 16, 2011

"susahnya nak istiqamah"

"Kawan yang baik adalah kawan yang boleh mengingatkan kita pada Allah. Kawan yang baik adalah apabila kita berjumpa dengan dia, kita akan ingat akhirat. Dia taw hukum, taw apa balasan kalau tak solat, tetapi dia tetap ingkar. Orang yang sebegitu, kene bagi kesedaran dalaman. Itu yang susah sebenarnya. Mula-mula, kita kene ajak dia solat dalam waktu yang betul. asalkan dalam waktu, tetapi jangan sampai habis waktu. dalam masa yang sama, iman dia akan meningkat sedikit demi sedikit. apabila dia dah boleh berjalan sendiri, ajak dia menunaikan solat awal waktu pula."

"tapi ustaz, dia ni dulu pernah solat 5 waktu tak tinggal, baca tafsir at least satu hari 1 page. buat baik, tapi tak tahan lama. dalam 2 bulan je. dia tak istiqamah pon. lepas tu, dia 'transform' jadi diri dia yang dulu balik. kenapa ya?"

"dia lakukan sebegitu kerana dia mempunyai keinginan nak melakukan ibadat. iman dia ada. tetapi tidak begitu mantap menyebabkan dia cepat terpengaruh."

*hanya mampu tersenyum dalam keadaan yang sedih dan terasa.

"lagi satu kan ustaz, apabila hati dia gundah gelana, dia selalu dengar mp dia. selalunya dia akan 'melalak' dulu dengan lagu yang entah hape-hape. kemudian dia tergerak hati nak dengar satu folder dia yang 'dulu' di mana folder yang mempunyai ayat-ayat al-Quran, zikir-zikir. bila dia dengar folder tu, hati dia tersentuh, terasa tenangdan sampai ada satu masa, dia sampai menangis.. tapi, bila dia nak solat je, ada satu perasaan yang SANGAT MALAS hadir. apa jadi tu sebenarnya eh?"

"Dia sebenarnya telah terpedaya dengan bisikan syaitan dan iblis."

*lagi sekali tersenyum dengan muka yang sangat terasa.

"awak tanya kan untuk siapa ni sebenarnya?"

"errk? adalah hamba Allah tu. apa-apa pon, terima kasih ustaz."
*sambil memberikan senyuman yang sangat berterima kasih pada ustaz. 




*well, itu berbualan antara seseorang dan ustaznya.
ada sesiapa boleh bagi maksud 'mursyid' tu apa?
errr.
-END-

Saturday, March 5, 2011

poyo je lebih huh?

bengang gila la sehhhh.
"Awak tak payah la beli baju sekolah dulu eh. 
Mana lah taw permohonan awak ni sangkot kee."
dengan rasa leganya bila hem kata mcm tu kot.
macam ada harapan je heh.
tapi bila time interview tu tunggu bagai nak rak.
satu jam lebih!
interviu siap 15 orang dalam satu masa.
boleh bayangkan tak mcm mana?
satu soalan pon dia tak tanya aku.
YANG PALING AKU PELIK, 
ORANG YANG BUAT JENAYAH PON BOLEH LEPAS INTERVIU TU. 
TAK KE MACAM BANGANG TU NAMANYA?
HELL LA. MANA MATA SEHHHHHH!?
ACTUALLY, perkara tu dah lama berlaku.
2 bulan yang lepas (awal tahun lah maknanya)
yang aku bengangkan sebenarnya orang yang sama sound aku pagi tadi.
pergh! nanti hati dah terbukak mintak la maaf dengan dia.
HAHA dahdah la tuh wani. buat BERsabar jeee ok. 
lalalalalalalalalala~ 
LIKE I CARE. =D

Sunday, February 13, 2011

birthday gurl?

Haha. Awesome.
*February 12, 2011*

kawan yang dekat hostel pon bt phone call.
*HANYA FATIN NABILLAH.*
*FARY PON*
almost semua yang bertitlekan kawan dekat sekolah wish.
*ENCIK ZABHA SENDIRI PON WISH.*
PUAN MUNIZA nyanyikan birthday song depan padang untuk aku. 
*paling best dan rasa dihargai!*
penuh wall dekat fb dengan wishes.
*abg Asyraf pon menge'like' je komen abg Ghazi*
bergayut dengan abg Amir sampai pukul 4 pagi
*dipaksa tapi rela hati sebab dah lama tak berbual dengan dia.almost a year?*
celebrate di tempat favourite
*oleh my beloved FAMILY*
memberi hadiah kdp diri sendiri.
*Sanggup kumpul duit untuk membelikan hadiah untuk diri sendiri.
tape, yang penting puas hati dan berbaloi!*
hari yang paling best dalam 2011?
*i hope soo*
umur 17 baru diraikan?
*terasa hari yang paling bermakna the whole my life. =')*


*tq for  all yang menge'wish' my birthday.
dan ada je yang aku anggap sebagai
KAWAN BAIK
yang TAK wish.
dan semalam dapat berita sedih yang
KAWAN BAIK AKU COUPLE DENGAN EX BF 
YANG AKU SAYANG SAMPAI SEKARANG?
THAT'S REALLY MAKE MY HEART'S CRYING OUT AND 
RUINED MY BIRHDAY.
T.T
btw, tu semua dah lepas.
end.

Sunday, January 30, 2011

yosssssh!

I MISS YOU GUYS.
CREDIT TO my big bro, my sis and friends.
sedih laaaaa.
dah lama tak msg dengan mamat poyo tu (big bro) , 
akak yang comel,
 kawan-kawan yang 24/7 busy dan s
usah nak contact dengan kawan-kawan 
sebab mereka semua duduk HOSTEL!
tape lah, setahun je lagi ok! chaiyok you guys! =D

i love you guys <3 full of my heart.

Tuesday, January 25, 2011

why her and not me?

pernah terasa status kat atas?

terasa seperti ingin sekali untuk mencarut dan mengeluarkan kata-kata kesat demi memberhentikan kemarahan yang melampau-lampau. satu saingan yang hebat kalau berentap dengan minah tu. dengan berlatar belakangkan lagu "Big Bang - Tell me good bye" lagi lah sedih. bongek laaaaaa. rasa macam nak nangis pon ada jugak. kenapa time interview boleh tersekali dengan dia. T______T yaaaaaaaaaaaaa. terasa satu PEMBAZIRAN MEMBUANG MASA UNTUK PERGI KE INTERVIEW TU! SATU KERJA YANG SANGAT BODOH DAN BUANG MASA! dah taw tak dapat nak pergi jugak. "tak salah la kau cuba. why not try your luck? mana taw kat sana rezeki kau keee." kata salah sorang member. masalahnya bila pg inter tu mesti lah hantar harapan yang nak dapattkan jawatan tu! bodoh lah kalau tade! bengong. ada otak tak nak guna. ada akal tak nak pakai! dah la wehhhh. sabar je ok? g'luck wani. sure ada sebab kenapa kau tak dapat pangkat tu. =')


*btw, aku rasa aku lah orang yang akan 
banyak condem kat sekolah tu
dan akan melakukan jenayah? 
i'll
=D