Friday, April 15, 2011

mereka buat aku sakit hati

Uhuh? Sejak bila tu ya? Sejak mereka berkawan baik dan melupakan aku? Owh yessssss. Baik laah. Kalau begitu, anda disarankan supaya belajarlah rajin-rajin dan belajarlah dengan hati yang ikhlas. Malam tadi buat confession berani mati terhadap orang yang aku paling sayang? Uhuh? Siapakah? Big Bro. HAHA Rasa macam dah nak mati je jenis ayat tu. Aku buat mcm tu sebab aku dah tak nak msg or call dia lagi. "Ya Allah, tolong lah kuatkan hati aku supaya aku bertekad dengan azam yang aku bina ni. AMIN!" *dalam keadaan yang emosi sambil menaip* Sejak dua menjak ni kan, rasa macam selalu tade mood kot. Cepat tersentuh pon ya jugak. Sebab? Rasa macam dah cukup terseksa dengan kehidupan sekarang ni. *emo lagi sekali* (owh well, agak-agak siapa yang baca blog ni dan kau kenal aku, tolong laaaah. Tak payah nak ngumpat aku belakang. Aku cukup benci dengan orang yang mcm tu. Lantak la kau family aku ke, kawan baik ke, tak baik ke, kawan adik aku ke. Tak suka, tolong lah blah dari sini. aku tak perlukan tenaga korang untuk baca BLOG ni and lepas tu ngumpat aku. THANKS.) Luahan hati ni disebabkan aku malas nak cerita dengan sesapa sekarang. Rasa masing-masing macam dah lupakan aku? Woooooh. Pandai je kau buat andaian sendiri Wani. =) Tape, yang penting dorang tak pernah aku lupakan. PEOPLE CHANGED. semua akan berubah daripada baik ke tak baik or daripada tak baik kepada baik. Setakat ni saja kali ni sebab rasa kat sini dah BANJIR muahaha T__T "typical gurl. emosi je kau ni la".


END

Friday, April 8, 2011

tidak perlulah begitu sehh

perasaan apabila diperlukan dilayan bagaikan menghusung emas yang penuh dalam guni dan apabila tidak diperlukan lagi, dibuang bagaikan sampah yang yang berbau dengan begitu busuk sekali. Tu lah yang aku rasa sekarang ni kott. HAHA. Rasa sedih? Bolehh laah. Rasa nak mencurah-curah air mata? Boleh lahhh. Sekarang ni perasaan berbaur. Tapi seriously, even orang tu buat salah sikit je pon aku rasa mcm dah kecik hati "Sejak bila wani dah tak boleh bawak bergurau ni?" Sorry ya cik abang, jawapan tak ada dalam skema, so tak taw nak jawab apa. Pernah tak korang tengok pape VD pon, walaupun feel sikit je korang dah menangis satu baldi? Tadi aku tgk crita Glitter. Sumpah crita tu best sebab aku tersentuh dan aku ngalir kot! Sebab sedih gila. Sebenarnya hati hiba sejak hari isnin lagi. T____T *bersabarlah hati*





"May God Bless You ouh Wani"
END

Saturday, April 2, 2011

eh?

Kisahnyaaa. Rupa-rupanya cikgu tu tak de lah garang mana pon. Boleh je ajak berbual, boleh je ajak bergelak. Yaaaa, tadi tolong support kawan-kawan bahas. Ok, kalau nak tengok dari segi preparation, memang sekolah Banang tu amik teks bulat-bulat daripada internet. So, bila ada izin laluan dari pihak sekolah kita, dah tercengang dorang tak taw nak jawab apa. At last, kita menang. Ok, esok lawan dengan Sekolah Seri Medan. Emmmmm, dengan sekolah ni aku teringin jugak nak tengok dorang perform tahun ni. Orang kata, sekolah tu debaters HEBAT! We'll find out la ok esok =D

cerita sadis nak keluar ni dah. 

Mama kata kerja dengan orang cina lagi senang. Memang lah banyak 'songel', kerja kene perfect, kerja kene on time, tapi tak kisah la sama ada kita yang mengarah atau kita yang diarah, kerja dengan mereka merupakan sesuatu yang 'agak' puas hati? Mama kata lagi, "Kalau dorang kutuk kita pon, kita tak sakit hati kan? Sebab kita tak paham apa yang dorang cakap." Aku dengan bangganya menyokong. Bukan lah aku cakap aku BENCI orang melayu. woi! aku orang MELAYU jugak ok! aku tak hina orang melayu. Subjek utama aku nak cakap sekarang ni, sebenarnya aku dengar orang kutuk aku depan-depan. Atau lagi tepat, dorang kata aku belakang, tapi aku dengar. HAHA kelakar. kira nak mengumpat tapi dah TERkantoi. siaaaaaap lah kan. dengan serta mertanya aku pon TERus meminta maaf dengan Miss Ong tadi secara peribadi. ok? puas hati? dia yang suruh aku ingatkan marikh. so, aku tulis je lah dekat papan putih tu. ada masalah? ok, MAYBE, dengan ayat yang mengarah. tapi aku dah ,mintak maaf dengan teacher. teacher tak marah pon. terima kasih dengan aku lagi sebab ingatkan dia. ok? agak panas sebenarnya telinga bila dengar orang kutuk kita belakang tapi aku terus betulkan dengan mintak maaf dengan orang aku rasa aku ada buat dosa dengan dia. well, aku seorang yang pendendam. aku agak susah nak maafkan seseorang tu. unless, dia berani mintak maaf aku depan-depan. 

Cerita 2. KRJ? KRU KRJ? 

aku agak terkilan sebenarnya dengan beberapa orang akak yang....entahlah. ok fine. aku banyak buat dosa sekarang ni. BANYAK. cuma tak taw bila nak buat solat sunat taubat HAHAA *kelakarnya* -.- masa cuti akhir tahun hari tu, keadaan bosan yang sangat kritikal sebenarnya telah melanda diri ok. then aku dan beberapa orang rakan pon mainlah satu permainan yang agak bodoh sebenarnya. aku pon sanggup mengeluarkan status "Amir, aku suka kau lah =p" dengan nada yang main-main. ok fine. memang aku suka mamat tu. as friend. or more than friend? yaaaaaaa right. as abang. kenal dia dah nak masuk 3 tahun dah. agak rapat sampai hari-hari msg (dulu) sekarang dah tak sebab masing-masing mempunyai komitmen yang sangat tinggi. last pon hari isnin hari tu lepas tiution dia call. (ok, menyimpang jauh dah ni. berbalik cerita pasal tadi.) lepas dah naik penuh komen kat status tu, dengan garangnya Kak Asma' pon 'MENG'SOUND' aku. "i don't see any important point in this so called game. you'd better stop. find something useful to share..all THREE of you!" itu lah ayat yang dia bagi aku. then sejak hari itu, aku pon mcm dah bengang dengan diri sendiri. duduk tersandar jap. pikir balik. apa yang aku dah buat sebenarnya ni eh? lupa diri kejap. HAHA  selepas insiden itu, semua akak macam dah dingin je dengan aku. aku tegur Kak Kay pon masa tu, dia terus offL. owh ok. lagi lah bengang. aku bagi msg dengan kak Asma' pon dia mcm nak tak nak je reply. owh ok. lagi sekali bengang. taw tak bertapa rindunya aku dengan korang? ok fine. korang tak taw melainkan korang baca post ni. jangan nak buat lawak lah dorang nak baca post orang buat dosa je ni. MUAHAHAHA *dalam keadaan emosional* 

*apabila aku tidak mengdisplay or hide 
untuk komen maknanya 
aku tidak memerlukan komen-komen 
korang sekalian. 
sekian. 
(jangan lah ikut perangai aku ni.)
END