Saturday, August 27, 2011

KAWAN SAMPAI MATI

aku rasa seperti pada hari ini, kita patut bijak bezakan mana satu kawan sampai mati, mana kawan yang cuma mengambil kesempatan ke atas diri sendiri, dan kawan yang cuma pada masa itu sahaja. HAVE FUN WITH THEM. I LOVE YOU KUASA INFINITY SAMPAI BILA-BILA. Fary 송용순Aiena AegiyoFatin Nabillah dan Isma Syakila.

Saturday, August 20, 2011

Change for GOOD is ain't a crime :)

Aku terasa sangatlah tidak adil kalau aku tak kongsi benda yang baik dengan sesiapa yang baca blog ni. :) Tak. Aku tak cakap yang aku dah berubah upside down, inside and out, rotate 540'. Sungguh tak. Life yang masih macam biasa. Life yang penuh dengan kesibukan bagi menuntun tuntutan dunia? :) "May Allah bless." Terasa seperti semua perkara yang aku buat untuk beberapa minggu ni dipermudahkan. Sungguh. Alhamdulillah. 

Hari tu, (Rabu) balik sekolah je, terus pergi Popular. Sebab akak Popular tu dah call cakap buku yang aku nak dah sampai. Orang kata, Nak Seribu Daya, Tak Nak Takpe. Dengan kudrat yang ada, ajaklah family pergi kejap mall. Punya tahan rasa nak baca sebab esoknya (Khamis) ada pra-trial for sejarah. At last, Khamis malam baru mula baca novel tu. "Contengan Jalanan-Hlovate" Dah ada tujuh novel karya Hlovate sebab dah terlalu addict. Bukan nak cerita pasal tu sekarang. 

Sekarang aku terasa Hlovate dah berevolusi daripada tulis novel genre love kepada dakwah islamiah? Sungguh aku tak tipu. Cerita yang aku rasa aku boleh mengalirkan air mata untuk kali ke 100 walaupun baca sebanyak 100 kali. Dalam novel 'contengan jalanan' tu, ada nama kau Amalia. So sepanjang aku baca cerita tu, muka yang aku terbayang, cuma kau dan sorang kawan aku. Kawan yang aku ambil keputusan untuk tak contact dia lagi sebab dia pon dah berevolusi ke arah yang 'aku nak cari jalan untuk tuju pada Dia. Aku nak cari apa tu maksud life. Aku nak cari something yang kosong selama ni.' Aku pon tak taw kenapa muka kau muncul masa baca novel tu lah Lia. Mungkin ada nama kau. Mungkin. Tapi, lepas aku baca novel tu kan, aku tidur malam tu pon aku boleh TERmimpikan kau. Petanda apa tu eh? Erk? Tapi aku cool lagi. 

Tapi, masa solat hajat semalam, orang yang memang aku nak cari pagi-pagi tu adalah kau. Dan kebetulan, aku jumpa kau. Susah rasanya kalau solat hajat kat sekolah aku boleh ngalir. Tapi, masa baca yasin tu pon aku dah mengalir. Again, petanda apa tu eh? Sumpah, perasaan hiba pagi-pagi tu bukan dibuat-buat. Aku rasa macam nak peluk kau je masa tu pastu nangis. Nak kata aku terbawak-bawak cerita dalam novel tu? Pon bukan sebab aku rasa sangat hiba hari semalam. Ayat yang paling aku ingat lah dalam novel tu, "The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th." Kalau orang kata nak buang tatu kat badan tu sakit, buang tatu dosa kat hati lagi perit rasanya. Aku terasa macam bila hidup 'susah', penuh dugaan, baru kita ngadap DIA untuk mintak pertolongan. Baru nak ingat DIA sebab dah tak taw nak turn kat sapa. Rasa macam ayat "Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu (2:45) " baru nak lekat dalam hati sebab dah tak taw nak ngadu kat sape. Setuju? Apa perasaan kau kalau orang yang selalu di samping kau, orang yang layan je kau buat sesuatu yang minat sebab sama interest, orang yang paling kau sayang, orang yang paling kau rasa 'kalau dia mati, aku pon nak mati sama' tu tak alih-alih tinggalkan kau? Untuk selama-lamanya? Tapi sebelum dia pergi,, dia sempat sedarkan sesuatu pada kau dan sempat dia turn to HIM yang selama ni dia dan kau tinggalkan. Katakanlah dialog ni kau pernah ucapkan dengan dia.

"Aku teringin nak masuk syurga lah"
"Siapa yang tak nak?"
"Kalau kau masuk dulu, tarik aku sama?"
"Jom ambil air sembahyang."

Bayangkan kalau benda tu kita teringat time dia dah pergi? Tak ke rasa terkilan tapi tenang kot rasanya sebab kita taw dia 'pergi' time dia dah taubat, dia 'pergi' time dia dah mintak maaf dengan semua orang. Kita? Macam mana pulak eh? Sumpah aku tak taw kenapa aku nak cerita benda ni dengan kau. Sumpah aku tak taw. Sungguh aku tak taw. Kalau ditanya kenapa aku cerita ni kat kau masa tu aku akan senyum je kot.


*this post dedicate to Amalia Talib :) 
Jangan timbulkan hal ni kat sekolah. 
Aku bukanlah baik sangat 
dan bukan lah dalam golongan orang-orang yang 'alim'
tapi aku still taw mana baik dan buruk.
Apa itu pahala dan dosa. 
May God Bless :)
-salam-

Tuesday, August 16, 2011

Apakah yang tengah terjadi?

Apabila otak tidak dapat berfungsi dengan molek, maka hidup lah dalam keadaan yang terumbang ambing. Apabila cek apakah symptom tekanan perasaan, nak bagi taw bahawa aku mempunyai 3 daripadanya daripada 8 perkara. Woooooh. Masih lagi pada tahap yang tidak membimbangkan. Erk? Mudah kecewa walaupun perkara yang tidak sepatutnya rasa begitu. Mudah marah? Hal yang kecik pon boleh nak ngalir? Apakah? Ppffftt! Trial lagi 2 minggu (plus minus). Tapi masih lagi nak layan perasaan. Nampak sangat kau tengah buat satu kerja yang gila. Adalah satu quote ni aku rasa sangatlah best! :) "To err is human, to forgive divine." Kenapa eh boleh terasa macam tu? Sebab diri bukanlah dalam keadaan kondisi yang molek. Hahahaha.

"Wehhhh. Apa nak buat kalau nak melupakan something yang selalu kita fikirkan?"
"Kau angau maksudnya?"
"Angau? Apakah itu?"
"You're big enough dear. You know what i'm talking about."
"Haha. Gotcha. Aku terasa dia jahat sebab buar aku suka kat dia."
"Big fat liar. Aku kenal kau bukan untuk hari pertama. Siapa?"
"That boy."
"Boy. Not yet mature to be a man."
"Dia ke arah itu lahhh."
"Hahaha. Kau dah besar. Boleh pikir sendiri. Do something yang kau rasa itulah yang terbaik untuk kau."


               "Aku dah tak boleh pusing ni wehhh. Sejak dia berubah ke arah yang baik, aku rasa macam aku dah TERRRRRsuka kat dia. Cornylah sehhh! Dah bertahun la aku tak cakap pasal benda yang luar alam macam ni kau taw. Aku anggap dia macam abang kot Taapi.... Sekarang ni.. Yoooosh! Sesaklah kepala! Y___Y Macam mana ni wehhh. Aku dah block dia kat FB, cuma kat phone tu je lah kot paling-paling koman pon aku tak taw nak buat apa. Nak block kesian. But, i've tried. Cuma kedudukan sekarang dalam keadaan yang goyah. Pergi sekolah pon aku tak boleh nak concentrate. Sakit. Inside and out!. Dekat pencil case pon aku boleh teringat kat dia sebab ada bracelet 'ADDIN' tu. Tapi kan wehhh. Aku tak sanggup nak buang benda tu. Bangle tu pon. Tu jelah salah satu harta dunia yang aku rasa paling bernilai yang aku angkut ke sana ke mari. Aku dah langgar janji weh. Aku dah langgar limit yang aku bina sendiri. Tapi bukan perasaan tu yang aku jemputt. Makin aku nak lari, makin tu dia kejar? Okay, enough of hiperbola! Gilaaaaa CORNY! Geli lah sehh. Kau bermonolog macam ni ada yang boleh bantu ke? Maybe. At least, aku dah spill out kat benda yang tak boleh bagi respon. Hahaha. Cuma sesiapa yang baca ni je. Aku tak suruh pon sesiapa baca. Apabila otak tidak berfungsi dengan molek, maka inilah yang terjadi. Dalam keadaan sekarang, aku tak boleh salahkan dia. Sangatlah tidak fair kalau aku cakap aku tak happy dengan dia yang macam sekarang ni. Seperti rutin, apabila satu text mahupun call dalam tidak ada dalam tempoh masa seminggu, secara tidak langsung dia akan call. Tapi sekarang? Dia masih melakukan rutin yang sebegitu cumanya, the way he's talking, texting, sangatlah berbeza. Cakap perkara yang penting je. Tanya khabar, then "kay lah, i got something to do. Tc. Salam." Perubahan yang secara mendadak membuatkan otak aku sekarang mcm tak boleh nak terima fakta itu. Lets fate fares you well bro. KALAU kau yang baca sendiri post ni, aku cuma nak kau taw. Please stay away from me. I'm begging you T_T Mungkin satu perkara yang bodoh sebab hal kecik macam ni boleh berlaku. Kalau dia sendiri taw apa yang berlaku, 100% sure dia akan mengamuk pada aku. Hahaha. Yakin punya. Antara soalan dan ceramah yang dia akan bagi :

"Macam manalah benda ni boleh berlaku? Kan dulu awal-awal lagi kita dah janji yang perasaan sebegitu tak boleh ada pada aku. Kau yang promise."
"Kau dah berevolusi macam AO. Bukan aku yang suruh that 'feeling' datang gila!"
"Tapi kau boleh je bendung. Jangan nak libatkan sampai block-block aku kat FB, phone."
"Bukan aku yang nak! Kau tak paham ke?!"
"May God bless you. Salam."

Itulah yang aku fikirkan apa yang dia akan cakap. Aku kenal dia cukup lama. Rasanya. For 2 years man hari-hari text. At least 1 text wishing g'night. Hari-hari. Kalau koman pon seminggu senyap. Tapi terus call. Aku rasa sekadar tu je pon, cukuplah dia sebagai manusia tempat mengadu selain DIA yang MahaEsa. Sumpah aku tak bohong, aku terasa aku lagi rapat dengan dia daripada aku rapat dengan parents, kawan baik, kawan terlampau baik, adik, ahli keluarga yang lain. BERjihad untuk membuang rasa yang sepatutnya ada dalam diri. Dosa oi! Battas pon kau tak jaga. AND NOW, dia tengah berubah ke arah yang kind of 'aku nak cari  jalan yang tuju ke arahNYA' AND pada masa yang sama, aku terasa i've milessssssssss behind. May Allah bless you."


*Itulah cerita yang aku rasa sangatlah membuang masa.
 Apa-apa pon, HAHAHAHA perkara inilah yang buat aku 
sakit kepala sejak sebulan yang lalu. 
Time to concentrate on study! 
Trial lagi berapa hari je oi! 



END